Categories: MELAKAPentadbiran

IBR bukti MPAG berintegriti – Zamzuri

ALOR GAJAH 12 Nov. – Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mencerminkan komitmen warganya dalam membanteras jenayah itu.

Yang Dipertua MPAG, Zamzuri Ariffin berkata, ia membuktikan komitmen MPAG berpegang teguh kepada prinsip anti rasuah dan melaksanakan tugas dengan lebih berintegriti.

“IBR merupakan satu janji yang dibuat kepimpinan organisasi dan warganya atas kapasiti individu supaya tidak terlibat dalam kesalahan rasuah dan salah guna kuasa.

“Kali ini Setiausaha MPAG, Zainul Adnan Mohd Said mengetuai bacaan lafaz dan menandatangani IBR bersama 366 ahli majlis, pegawai dan kakitangan MPAG,” katanya.

Bacaan ikrar dan majlis menandatangani dokumen IBR disaksikan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka, Awangkok Ahmad Taufik Putra Awang Ismail.

Katanya, lafaz IBR itu mendorong dan meningkatkan semangat warga MPAG dalam melaksanakan tanggungjawab dengan berintegriti.

“Ini sekali gus mewujudkan perkhidmatan yang telus dan cemerlang,” katanya.

Liana binti Sahabudin

Leave a Comment
Share
Published by
Liana binti Sahabudin

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago