Ibadat korban MiCoST bantu asnaf

Ibadat korban MiCoST bantu asnaf

Alhamdulillah

AYER KEROH 13 Ogos – Ibadat korban dilakukan bagi menghidupkan syariat Nabi Ibrahim A.S dan ianya bermula apabila terbit matahari pada Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijjah).

Justeru itu, Kolej Antarabangsa Sains dan Teknologi Melaka (MiCoST) mengambil inisiatif melaksanakan ibadat itu bagi membantu golongan asnaf di negeri ini.

Pengurus Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni MiCoST, Mohd Aiman Mohamed Hassan berkata, tahun ini seramai 40 asnaf bakal menerima manfaat hasil ibadat korban tersebut.

“Hasil perbincangan, kita usahakan untuk mencari penama yang sudi menyertai ibadat korban tahun ini.

“Alhamdulillah kita dapat dua ekor lembu, sebelum ini kita pernah adakan tapi pada tahun 2016,” katanya selepas Program Ibadat Qurban Micost 2019 di Kampus WAY MiCoST, hari ini.

Program tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Menteri, Adly Zahari.

Jelasnya, kali ini MiCoST memilih asnaf Pangsapuri Taman Kesidang untuk diagihkan daging korban.

“Setiap kali kita laksanakan ibadah korban, fokus utama kita adalah untuk salurkan sumbangan kepada asnaf.

“Selebihnya, daging korban itu akan dimasak dan diagihkan kepada urusetia serta kakitangan terlibat,” katanya.

Katanya, kesemua asnaf itu adalah dibawah senarai penerima Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES