Hujan lebat, tanah rendah punca banjir

Hujan lebat, tanah rendah punca banjir

Patuhi arahan pihak berkuasa jika berlaku banjir

DURIAN TUNGGAL 29 Okt. – Hujan lebat berterusan menyebabkan Kampung Gangsa di sini terjejas banjir kilat semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Durian Tunggal, Datuk Mohd Sofi Wahad berkata, walaupun hanya sebuah rumah terlibat dalam kejadian itu namun tindakan dan pemantauan telah dilakukan.

Bagaimanapun katanya, tiada mangsa dipindahkan ke pusat penempatan sementara (PPS) memandangkan air surut beberapa jam kemudian.

“Punca banjir adalah tanah rendah dan hujan terlalu lebat.

“Pihak kerajaan telah membina longkang dan ban sebagai langkah jangka pendek namun ia tidak dapat menyelesaikan masalah ini,” katanya kepada MelakaKini.

Jelas Mohd Sofi, sebagai langkah berjaga-jaga, beliau turut meminta penduduk kawasan itu bersedia menghubungi pihak berkenaan jika berlaku banjir.

“Saya sudah kongsikan di laman sosial Facebook milik saya nombor untuk dihubungi jika berlaku kecemasan dan bencana.

“Hujan tidak menentu dan banjir kilat mudah berlaku. Saya harap penduduk terlibat terus berwaspada,” katanya.

Turut turun padang memantau bencana itu Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Gangsa, Tok Sidang, Tok Penghulu dan Jabatan Pengairan Saliran (JPS).

CATEGORIES