Categories: KebajikanMELAKA

Hotel Avillion Legacy Melaka rai 56 anak yatim

BANDARAYA MELAKA 17 Dis. – Nasib golongan kurang bernasib baik sentiasa mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk syarikat swasta.

Sebuah hotel terkemuka di Melaka, Avillion Legacy Melaka turut tidak ketinggalan menunaikan tanggungjawab sosial mereka dengan meraikan golongan terbabit sebagai salah satu aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) hotel itu.

Pengurus Besar Avillion Legacy Melaka, Low Kee Nam berkata, pihaknya berkesempatan meraikan anak-anak dari pertubuhan anak yatim Livio Learning Centre, Portuguese Settlement dan Yayasan Sunbeams Alor Gajah.

Menurutnya, usaha itu diharap dapat meningkatkan rasa prihatin dan menyemai rasa cinta terhadap golongan itu dalam kalangan kakitangan hotel berkenaan.

“Dengan meluangkan masa bersama anak-anak ini, kita yakin mereka sedar masih ramai yang sayangkan mereka.

“Mereka juga perlu diberikan peluang merasai nikmat dan bergembira seperti anak-anak lain yang lebih bernasib baik,” katanya.

Pada majlis itu, anak-anak yatim terlibat turut diberikan sumbangan sebagai tanda kasih sayang.

Pelbagai aktiviti dijalankan termasuk persembahan tarian, permainan dan kuiz.

Program melibatkan seramai 56 anak-anak bersama tujuh penjaga dari rumah anak yatim tersebut.

Admin MelakaKini

Leave a Comment
Share
Published by
Admin MelakaKini

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

4 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

6 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

6 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

6 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

6 months ago