Hospital wanita, kanak-kanak akan dibina di Melaka

Hospital wanita, kanak-kanak akan dibina di Melaka

Berita baik untuk orang Melaka. Tak payah bersesak-sesak dah pasni. Syukur

BANDARAYA MELAKA 24 April – Berita baik buat rakyat Melaka selepas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengumumkan negeri bersejarah ini akan mempunyai sebuah Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (WCH) yang dianggarkan bernilai RM500 juta.

Ia diumumkan sendiri oleh Dr Dzulkefly selepas mengadakan lawatan kerja ke Hospital Melaka pada 22 April lepas.

Menurutnya, dengan terbinanya WCH itu, ia bakal menempatkan sebanyak 440 katil dijangka sekali gus mengurangkan kesesakan di Wad Pediatrik serta Obstetrik dan Ginekologi di HM antara 35 hingga 40 peratus.

“WCH ini akan dibina di tapak seluas 3.16 hektar iaitu bersebelahan Kolej Pengajian Kejururawatan Melaka yang terletak bersebelahan Hospital Melaka.

“Kita mengharapkan WCH dapat disiapkan dalam tempoh satu atau dua tahun dan berharap ia dapat beroperasi antara 2022 atau 2023 kerana pada masa ini ‘bed occupancy rate’ di HM terutama di dua wad itu ialah 100 peratus,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Tambahnya, pihak kementeriannya telah memohon peruntukan daripada Unit Perancang Ekonomi bagi melaksanakan kerja pembinaan awal WCH yang dijangka bermula tahun hadapan.

CATEGORIES
TAGS