Hospital Melaka rayu orang ramai derma darah

MELAKA 20 Mac — Jabatan Perubatan Transfusi, Hospital Melaka merayu orang ramai menderma darah bagi memastikan bekalan sentiasa mencukupi setiap hari terutamanya ketika menjelang Ramadan April dan Mei ini.

Jabatan itu menerusi kenyataan dalam laman Facebook memaklumkan secara purata sebanyak 80 hingga 90 beg darah diperlukan setiap hari untuk kegunaan pesakit di hospital itu, namun situasi COVID-19 menyebabkan kebanyakan kempen derma darah terpaksa dibatalkan.

“Walaupun kita kini dalam keadaan pandemik COVID-19, masih terdapat pesakit di hospital yang memerlukan pemindahan darah setiap hari untuk kelangsungan hidup mereka.

“Justeru itu, kami ingin menyeru para penderma darah yang sihat dan tiada risiko supaya datang ke Tabung Darah Hospital Melaka untuk menderma darah kerana pada waktu pandemik ini hanya di Tabung Darah sahaja pendermaan darah boleh dilakukan,” menurut kenyataan itu.

Menurut jabatan itu, waktu operasi Jabatan Perubatan Transfusi kini dibuka pada waktu rehat iaitu Isnin hingga Khamis pada 1 tengah hari hingga 2 petang manakala Jumaat pada 12.15 tengah hari hingga 2.45 petang berkuat kuasa kelmarin.

Selain itu, waktu operasi juga dipanjangkan iaitu Isnin hingga Jumaat bermula 8 pagi hingga 9 malam manakala Sabtu dan Ahad bermula 11 pagi hingga 4 petang.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh merujuk Facebook rasmi jabatan itu iaitu ‘melakabloodbank’ atau hubungi 06-2892873/2871.

— BERNAMA

Roshidi Abu Samah

Leave a Comment
Share
Published by
Roshidi Abu Samah

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

3 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago