Himpun sejarawan bentang sejarah Melaka

BANDA HILIR 25 Okt. – Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Melaka (PSMCM) menghimpunkan sembilan sejarawan dan sarjana sejarah bagi membentangkan idea baharu berkaitan sejarah Melaka.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, platform itu sekali gus memberi kesedaran kepada orang ramai terhadap memelihara fakta sejarah khususnya di Melaka.

Menurutnya, dengan penemuan fakta baharu, kerajaan negeri dengan kerjasama Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) dapat membina muzium baharu.

“Ia dapat menambah maklumat baharu tentang sejarah Melaka di muzium-muzium sedia ada.

“Ini juga secara tidak langsung menyumbang kepada pembangunan sektor pelancongan Negeri Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada perasmian Seminar Melaka Pasak Sejarah Malaysia 2019 di Auditorium PERZIM, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Pegawai Eksekutif Sungai Melaka Ventures Sdn. Bhd., Dr. Muhammad Md nor.

Jelas Adly, kajian hubungan Melaka dengan dunia luar perlu dititikberatkan supaya dapat memartabatkan lagi sejarah Malaysia di persada dunia.

“Menjadi kewajipan sejarawan dan sarjana tempatan memikul tugas ini untuk memperkasa kajian dan penulisan sejarah Melaka supaya ia lebih dikenali di arena antarabangsa.

“Penerokaan fakta-fakta baharu juga perlu dilaksanakan secara proaktif dan efektif,” katanya.

Katanya, seminar itu mampu menjadi landasan membincangkan secara profesional tentang penemuan bahan sumber dan fakta baharu tentang sejarah Melaka.

“Diharap PSMCM dengan kerjasama universiti awam dan swasta serta Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dapat memainkan peranan menyebarkan ilmu sebenar tentang sejarah di Melaka,” katanya.

Liana binti Sahabudin

Leave a Comment
Share
Published by
Liana binti Sahabudin
Tags: utama

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago