‘Hidupkan’ semula Medan Ikan Bakar, ternakan udang Serkam

SERKAM 16 Ogos – Kerajaan Melaka akan mencari inisiatif untuk ‘menghidupkan’ semula Medan Ikan Bakar dan ternakan udang yang semakin lesu di Kampung Serkam Pantai di sini.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, beliau yakin kawasan tersebut mempunyai potensi untuk dibangunkan sekali gus menjadi tarikan pelancongan.

Menurutnya, terdapat dua bahagian di kawasan itu yang mana salah satu digunakan sebagai jeti nelayan dan sebahagian lagi untuk Medan Ikan Bakar.

“Sebelum ini medan tersebut beroperasi, bagaimanapun apabila pengusaha sedia ada keluar, sehingga kini masih tiada yang membukanya semula.

“Begitu juga bagi ternakan udang, hanya sebahagian diusahakan nelayan setempat dan selebihnya terbiar,” katanya pada sidang media selepas lawatan kerja di Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam di sini.

Hadir sama, Pegawai Daerah Jasin, Datuk Anis Ali Hassan, Yang diPertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Mustafa Ali dan Penyelaras Penyelaras DUN Serkam, Muhammad Khomeini Kamal.

Tambah Adly, pihaknya juga membuka peluang kepada pihak swasta yang berminat menjalankan perniagaan di kawasan berkenaan.

“Tapi perlu lakukan secara pakej, jika hendak bangunkan kawasan ini kena ambil tanggungjawab untuk kedua-duanya.

“Kita tidak mahu jika hanya satu bahagian diberikan fokus, satu bahagian lagi akan terbengkalai,” katanya.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Admin MelakaKini

Leave a Comment

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago