Categories: MELAKA

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

John dan Johnny sering meminta ikan daripada Abu Noh di pangkalan nelayan Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara.

TANJUNG BIDARA 19 Mac – Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang wabak Covid-19 (koronavirus) kerana persekitaran laut yang luas tidak memungkinkan mereka menghirup udara tercemar dengan virus itu.

Pada ketika orang ramai dinasihatkan tidak berhimpun, terutama dalam bangunan sempit berikutan peredaran udara terhad yang mendedahkan mereka kepada risiko wabak Covid-19, nelayan Abu Noh Md Isa, 65, sudah lama terhindar daripada ancaman itu.

Ini kerana saban hari beliau menghabiskan kebanyakan daripada waktunya dengan mencari rezeki di laut di perairan pinggir pantai Tanjung Bidara, di sini.

Dengan menyedut udara bersih dalam ruang yang amat luas, beliau yakin terhindar daripada ancaman wabak Covid-19, berbanding mereka yang bekerja dalam ruang bertutup dalam bangunan.

“Alhamdulillah, sejak mencari rezeki di laut selepas tamat perkhidmatan tentera kira-kira 20 tahun lalu, saya jarang menghidap demam, batuk atau penyakit yang berkaitan dengan pernafasan.

“Saya yakin, udara segar di laut membuatkan saya sihat tetapi semuanya adalah anugerah Allah kerana ada juga nelayan yang setiap hari turun ke laut tetapi diserang batuk dan mengalami masalah pernafasan,” katanya ketika ditemui di pangkalan nelayan Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara hari ini.

Bapa kepada lima anak itu berkata, apabila turun ke laut kira-kira jam 7 pagi, beliau sentiasa berasa lega kerana menikmati udara segar lagi bersih berbanding udara di darat.

“Saya berdoa agar saya dan keluarga dijauhkan Allah daripada ancaman wabak Covid-19 dan sejak Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan, saya dan keluarga tidak bergerak jauh dari kediaman kami,” katanya.

Keceriaan Abu Noh atau lebih dikenali dalam kalangan nelayan sebagai Pak Kassim apabila naik ke darat ialah sepasang memerang jantan dan betina yang dinamakannya sebagai John dan Johnny menemaninya ketika beliau menanggalkan ikan yang tersangkut pada jaring.

Haiwan yang tinggal dalam hutan pinggir pantai di kampung itu lazimnya menghampiri perahu Pak Seman untuk mendapatkan ikan seperti selangat, tamban, beliak mata, mempinis dan gelama bersaiz kecil.

Setiap kali melayan pasangan memerang itu sambil menghirup udara segar di pinggir pantai, Pak Kassim bukan setakat yakin terhindar daripada ancaman wabak COVID-19, malah seolah-olah terlupa bahawa penduduk dunia sekarang diancam wabak berbahaya itu.

Untuk menceriakan memerang itu, Abu Noh memberikan ikan mentah kerana haiwan terbabit tidak menggemari ikan yang sudah dimasak.

Katanya, lazimnya setiap kali naik ke darat dia menyediakan satu kilogram (kg) ikan kecil seperti selangat dan tamban untuk diberikan kepada John dan Johnny tetapi pada hari tiada ikan yang melekat pada jaring, nelayan terbabit tidak mampu memberikan makanan kepada haiwan itu.

Beliau berkata, pernah satu ketika John dan Johnny membawa tiga ekor anak mereka mencari makan di pangkalan nelayan itu tetapi lama-kelamaan ketiga-tiga anak memerang itu hilang tanpa dapat dikesan.

“Agaknya apabila sudah dewasa, anak memerang itu membawa diri masing-masing dan tak perlu lagi bergantung kepada ibu bapa untuk mencari makan,” katanya.

Din Ahmad

Leave a Comment
Share
Published by
Din Ahmad

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

3 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

3 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

3 months ago

Thailand rekod 60 kes baharu COVID-19

BANGKOK 20 Mac (Bernama) -- Thailand telah melaporkan 60 kes baharu COVID-19, termasuk lima yang…

3 months ago