Categories: TV MELAKA

HBR DUN PAYA RUMPUT DEKATI RAKYAT SECARA TERUS

Kebajikan rakyat menjadi keutamaan

Inisiatif Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Paya Rumput menganjurkan Hari Bertemu Rakyat (HBR) DUN Paya Rumput pada setiap dua minggu bertujuan memberikan perkhidmatan secara terus kepada rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata program itu menjadi platform terbaik bagi menyelesaikan masalah rakyat seterusnya mengenal pasti punca masalah sehingga ia dapat diselesaikan.*

Menurutnya, antara aduan yang sering diterima ialah masalah perumahan, bantuan kebajikan daripada Jabatan Kebajikan dan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Pusat Zakat Melaka (PZM), Tabung Amanah Pendidikan Melaka (TAPEM) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Selain itu, pihaknya juga akan memberi perhatian terhadap permohonan bagi mendapatkan kemudahan bantuan kebajikan seperti lampin pakai buang, bantuan makanan, bantuan kerusi roda, katil dan ia akan diteruskan dari semasa ke semasa.

Program HBR itu juga mendapat reaksi positif masyarakat yang rata-ratanya memuji usaha yang dilakukan pihak JAPERUN terbabit.

Ashalia binti Yusof

Leave a Comment
Share
Published by
Ashalia binti Yusof

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

12 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago