Haziq johan memasak chef cilik

Haziq johan memasak chef cilik

Bakat anak cilik..

BANDAR HILIR 10 Julai – Muhammad Haziq Basiron dinobatkan johan Pertandingan Memasak Chef Cilik : Masak Apa Tu sempena Festival Masakan Warisan Melaka 2019 di Perkarangan Muzium Rakyat, baru-baru ini.

Murid dari Sekolah Kebangsaan Jeram, Masjid Tanah itu sekali gus menewaskan 16 peserta yang bersaing dalam pertandingan tersebut.

Kejayaannya membuahkan hasil apabila berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM200, piala beserta hamper Adabi.

Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), Drs. Mohd Nasaruddin Rahman berkata, pertandingan itu melibatkan peserta berumur 10 hingga 12 tahun.

Katanya, ia memberi peluang kepada generasi muda untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang masakan warisan.

“Diharap usaha ini dapat menarik minat generasi muda menyerlah bakat mereka dalam bidang masakan,” katanya.

Pertandingan itu anjuran Perzim bersama Adabi Sdn. Bhd yang diadili oleh Chef Irwan Mohd Nor dari Adabi dan beberapa golongan professional dalam bidang masakan.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS