Harwanis sumbang RM63,000

Harwanis sumbang RM63,000

Aktiviti kebajikan camni perlu diteruskan bagi membantu golongan memerlukan. Keep it up Harwanis! Spread the luv :-)

AYER KEROH 24 April – Sejumlah RM63,OOO disumbangkan kepada pihak memerlukan di negeri ini pada Majlis Makan Malam Amal Badan Kebajikan Amal Isteri Wakil Rayat PH Melaka (Harwanis).

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, barisan kepimpinan Harwanis perlu dipuji kerana berjaya melaksanakan tanggungjawab sebagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang proaktif dalam meraikan program kebajikan.

Menurutnya, sedikit sebanyak penubuhan Harwanis membantu meringankan peranan kerajaan memenangi hati dan pemikiran rakyat.

“Saya difahamkan banyak NGO menjadikan Harwanis inspirasi serta berhasrat menjalin kerjasama menganjurkan program kebajikan dan seumpamanya.

“Namun, saya harap peranan Harwanis tidak terhad kepada aspek kebajikan sahaja tetapi turut memberikan fokus kepada bidang sosio ekonomi, pendidikan, kesihatan, agama, jati diri dan perpaduan kaum,” katanya.

PERSEMBAHAN dari Aishah memeriahkan majlis malam itu.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Makan Malam Amal dan Pelancaran Harwanis Melaka di MITC di sini, malam tadi.

Turut hadir, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri, Dr. Mohd Khalil Yaakob dan Pengerusi Harwanis, Dalilah Awaluddin.

Tambah Adly, akitiviti dilaksanakan juga haruslah meliputi segenap lapisan masyarakat dan peringkat umur.

“Bentuk bantuan juga boleh dipelbagaikan seperti menyediakan perkhidmatan tuisyen, kursus kraftangan, khidmat nasihat dan lain-lain, bukan semata-mata barangan ataupun kewangan,” katanya.

Majlis perasmian Makan Malam Amal dan Pelancaran Harwanis Meleka telah disempurnakan Mohd Khalil.

Antara penerima sumbangan adalah National Autism Society Malasyia, Qaseh Nursing Home, Kiwanis Down Syndrome Faoundation, Hanukkah, Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Linggi, SK Taboh Naning, Pusat Tahfiz Al-Quran & Al- Hadis, SMK Bukit Katil, Lembaga Pengurusan & Kebajikan Anak Yatim Miskin (PAYASUM), Agere Care Melaka, SK Sempang, SK Dato Palembang dan Persatuan Ibu Tunggal.

Majlis turut diserikan dengan persembahan dari penyanyi Aishah, persembahan tarian, persembahan angklung dan Zahid AF sebagai hos.

CATEGORIES
TAGS