Categories: MELAKA

HARWANIS & PPPM kolaborasi lahir remaja wanita berkaliber

DALILAH (kanan) menerima jambangan bunga daripada Zainun sebagai tanda terima kasih di atas kesudian menjadi Penaung PPPM.

AYER KEROH 11 Julai – Pengerusi Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil Rakyat Pakatan Harapan (HARWANIS) Negeri Melaka, Dalilah Awaluddin berbesar hati menerima lawatan Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) Cawangan Melaka serta berbincang mengenai hala tuju persatuan tersebut.

Kata Dalilah, usaha baik ini bukan sahaja dapat merapatkan hubungan antara kedua-dua pihak, malah turut berkongsi banyak persamaan dalam mencapai matlamat bersama.

“PPPM punyai komitmen melahirkan golongan remaja wanita dan wanita dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan masyarakat sejagat.

“Sebagai sebuah organisasi dinamik dan efektif, PPPM akan menonjolkan imej selari dengan program berkualiti yang menyediakan remaja dan wanita dewasa untuk menjadi pemimpin berwibawa hari esok,” katanya.

Beliau berkata kepada MelakaKini sewaktu menerima kunjungan Badan Buakn Kerajaan (NGO) tersebut di Seri Bendahara, baru-baru ini.

Rombongan ziarah tersebut diketuai Yang Dipertua PPPM, Datin Seri Zainun Tun Abd. Ghafar dan Ketua Pesuruhjaya Cawangan Sio Pek Suan.

Turut hadir, dua wakil dari HARWANIS iaitu Peggy Chew Guek Yeow dan Ong Yew Fang.

Menerusi kunjung hormat itu, Dalilah bersetuju menjadi Penaung PPPM yang menyediakan program bercorak pendidikan bukan formal yang mementingkan perkaedahan yang fleksibel, ceria dan aktif untuk memenuhi kehendak dan keperluan remaja wanita dan wanita dewasa Malaysia.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago