Hari keluarga TDD eratkan semangat kejiranan

DUYONG 11 Nov. – Program Hari Keluarga peringkat taman perumahan mampu mengeratkan hubungan silaturrahim dan semangat kejiranan antara penduduk di sesebuah kawasan.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) merangkap Pengerusi Kawasan Rukun tetangga (KRT) Taman Desa Duyong (TDD), Othman Hassan, berkata, melalui program hari keluarga itu juga, ia secara tidak langsung dapat mengeratkan juga hubungan kekeluargaan dalam kalangan penduduk.

Menurutnya, justeru itu, MPKK, PKTDD dan KRT Taman Desa Duyong mengambil langkah menganjurkan program Hari Keluarga peringkat taman perumahan itu baru-baru-baru ini bagi merealisasikan hasrat tersebut.

Katanya, program yang disertai kira-kira 300 penduduk itu dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Damian Yeo dan menyaksikan sebanyak 14 acara sukaneka dijalankan untuk peserta.

“Melalui program hari keluarga peringkat taman ini juga, ia akan dapat menjadi platform kepada penduduk untuk berkumpul dan bersatu dalam menjayakan program yang dirancang,” katanya.

Menurut Othman, antara aktiviti yang diadakan pada program itu ialah senamrobik, pertandingan mewarna kanak-kanak, sukaneka kategori dewasa, suami isteri dan kanak-kanak seperti kerusi berirama, lontar bola kasih sayang, makan epal, tatang bola takraw dan mencari harta karun.

Turut diadakan pertandingan lontar bola ping pong ke dalam bakul telur, memasukkan bola tenis ke dalam bakul, merebut gula-gula, mengira biji betik, tendangan penalti, boling padang, tiup belon sampai pecah dan 60 cabutan bertuah termasuk basikal sebagai hadiah utama.

Othman menjelaskan, jawatankuasa penganjur juga telah merancang untuk mengadakan majlis berkhatan beramai-ramai dan program Back To School yang akan diadakan bersama Japerun menjelang cuti persekolaahn akhir tahun ini.

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

Yusri Sahat

Leave a Comment
Share
Published by
Yusri Sahat

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 days ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

2 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

2 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

2 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

2 months ago