Hari Inovasi dedah budaya kreatif dalam pembelajaran

Hari Inovasi dedah budaya kreatif dalam pembelajaran

Perkasa budaya kreatif

AYER KEROH 8 Nov. – Seramai 148,000 murid sekolah di seluruh negeri telah menyertai pertandingan sempena Hari Inovasi sejak awal tahun lalu.

Pemangku Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka, Jamsari Mariman berkata, pertandingan yang disertai keseluruhan sekolah di negeri ini merupakan acara tahunan anjuran JPN bagi memperkasa budaya kreatif melalui pendedahan produk inovasi.

Katanya, produk inovasi dihasilkan oleh murid, guru dan kakitangan JPN mampu dibangunkan dengan didikan dan pendedahan yang kreatif kepada murid di seluruh negara.

“Untuk itu, galakan ini akan berterusan bagi membangunkan masa depan murid dengan memberi pendedahan kreatif yang boleh dimanfaatkan di dalam pengajian dan pembelajaran di dalam sekolah.

“Pertandingan produk inovasi yang diadakan sejak awal tahun ini telah berada di pelbagai peringkat dan hari ini kita akan mengumumkan pemenang di peringkat negeri dan akan dipertandingkan di peringkat kebangsaan.

“Inisiatif ini kita gunakan dengan kepakaran guru-guru terlatih dan berpendidikan tinggi bagi memanfaatkan nilai ilmu untuk dikongsikan kepada pelajar.

“Perkara ini sekali gus membantu mendedahkan murid dengan cara pendidikan yang selari dengan peredaran zaman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui MelakaKini selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Inovasi Peringkat Negeri di Kolej Manipal, di sini semalam.

Dalam pada beliau berkata, perlaksanaan pertandingan seperti tersebut wajar dilaksanakan sebagai mendukung platform utama pendedahan murid dengan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).

Ujarnya, pendidikan hari ini perlu dimantapkan dengan pendedahan teknologi sekali gus mampu mengurangkan pengambilan teknologi dan tenaga daripada luar.

“Buat masa ini kita sudah punyai pendidikan khususnya vokasional yang memberi peluang pelajar dalam bidang perindustrian.

“Perkara ini jika diteruskan kita mampu mendedahkan mereka dengan pendidikan perindustrian yang mampu membawa manfaat kepada negara ini,” katanya.

Hari Inovasi yang diadakan itu telah menaungkan beberapa buah sekolah yang menjadi juara termasuk kategori Pra Sekolah, Sekolah Rendah Sekolah Menengah dan kategori Kumpulan.

Malah, beberapa anugerah lain turut disampaikan termasuk Anugerah Guru Inovatif 2019 serta pelbagai lagi.

CATEGORIES