Categories: KebajikanMELAKA

Hari Bertemu Rakyat: Pertukaran ke hari Khamis memudahkan urusan rakyat

Foto Sumber Facebook AdlyZahariOfficial

AYER KEROH 9 Jan. – Kebajikan merupakan antara fokus utama kerajaan negeri termasuklah mengadakan Hari Bertemu Rakyat yang ditukar dari hari Jumaat kepada Khamis bermula hari ini.

Ketua Menteri, Adly Zahari sebelum ini menjelaskan perubahan hari itu bertujuan bagi memudahkan urusan rakyat memandangkan hari Jumaat tempoh masanya sangat terhad.

Rata-rata rakyat amat berpuas hati dengan pertukaran hari tersebut di mana rakyat di negeri ini dapat bersua muka sendiri dengan Adly seawal jam 10 pagi hingga 1 petang.

Seorang penduduk, Ramli Kassim,58, ketika ditemui berkata, penukaran Hari Bertemu Rakyat pada setiap Khamis adalah langkah yang baik dilaksanakan kerajaan negeri.

“Masa untuk berjumpa ketua menteri panjang, jika Jumaat kita perlu sembahyang Jumaat dan beliau (ketua menteri) juga perlu uruskan banyak perkara.

“Ini kali pertama saya datang berjumpa beliau, adanya hari sebegini masalah rakyat dapat diselesaikan selain berjumpa dengan beberapa agensi yang disediakan,” katanya yang menetap di Kampung Air Merbau.

Seorang lagi, Rahim Razali Mat Idris,48, pula berkata, perjumpaannya dengan ketua menteri bagi meluahkan isi hati selain meminta bantuan untuk dua anaknya yang masih bersekolah.

“Dengan keadaan saya yang sudah tidak sempurna, landasan sebegini sangat baik untuk saya berjumpa sendiri dengan ketua menteri dan meluahkan masalah saya.

“Sejak kaki kanan dipotong dua tahun lalu, pergerakan saya terbatas, jadi saya ambil peluang untuk berjumpa ketua menteri hari ini menceritakan kepayahan hidup saya,”.

Rahim merupakan seorang bekas tentera yang menghidap penyakit saraf hingga memerlukan pembedahan memotong kakinya pada tahun 2017.

Manakala, Nuraini Bachik,55, berkata, dia pernah untuk berjumpa ketua menteri sebelum ini, tetapi kekangan pada hari Jumaat membuatkan dia tidak berkesempatan untuk bersua muka.

“Saya tidak dapat datang pada hari Jumaat, jadi bola tukar hari Khamis dan kebetulan saya dan anak mempunyai masalah, kita datang hari ini untuk bertemu beliau.

“Alhamdulillah, pertama kali berjumpa beliau, ternyata beliau mahu mendengar masalah dan cuba untuk membantu.

“Tidak semestinya kita harapkan masalah itu selesai, sekurang-kurangnya ketua menteri mahu mendengar dan ingin membantu,” katanya sebagai tanda bersyukur.

Liana binti Sahabudin

Leave a Comment
Share
Published by
Liana binti Sahabudin
Tags: utama

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago