Categories: Ketua MenteriMELAKA

Hari Bersama Rakyat Perdana di Seri Bendahara

AYER KEROH 28 Jun – Hari Bersama Rakyat Perdana akan dijadikan sebagai agenda setiap suku tahun (4 kali setahun) di mana semua Exco Kerajaan Negeri Melaka akan hadir untuk bertemu rakyat bersama-sama Ketua Menteri pada hari Jumaat di Seri Bendahara.

Ketua Menteri, Adly Zahari menjelaskan, semua barisan Exco kerajaan negeri serta beliau sendiri akan berada pada Hari Bersama Rakyat Perdana untuk bertemu dengan rakyat selain turut mendengar sebarang permasalahan yang dihadapi oleh rakyat negeri ini.

“Semua barisan Exco kerajaan negeri akan berada di Seri Bendahara pada sesi pagi iaitu pada jam 9.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari manakala pada sebelah petang pula mereka akan diwakili oleh pegawai khas masing-masing.

“Hari Bersama Rakyat Perdana yang pertama dicadang diadakan pada 17 Ogos 2018 di Seri Bendahara,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar pasca mesyuarat Exco kerajaan negeri di Seri Negeri, hari ini.

Tambahnya, selain daripada itu, Jabatan Tenaga Kerja dan Jobs Malaysia juga akan membuka kaunter perkhidmatan pada hari tersebut.

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria
Tags: utama

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

3 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

3 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

3 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

3 months ago