Categories: MELAKANASIONAL

Harga RON97 turun dua sen, RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 3 hingga 9 Ogos 2019

KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Harga runcit RON97 turun sebanyak dua sen kepada RM2.54 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 dan RM2.18 seliter, mulai tengah malam ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini menyatakan pengekalan kedua-dua harga runcit RON95 dan diesel itu bagi tempoh 3 hingga 19 Ogos itu adalah selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit petroleum selain mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan adalah menggunakan Automatic Pricing Mechanism (APM). Harga runcit petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya masing-masing sebanyak RM2.24 seliter dan RM2.33 seliter.

Menurut kenyataan itu, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan dalam tempoh seminggu tersebut adalah sebanyak RM85.78 juta.- BERNAMA

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria
Tags: utama

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago