Harap pemain baru cepat serasi – Mohd Ashiq

PENGURUS Pasukan skuad Piala Presiden Melaka United (MU), Mohd Ashiq Abdul Samad berharap 12 pemain baharu yang dibawa masuk Rashid Mahmud musim ini dapat menyesuaikan diri dengan segera.

Katanya, sebelum saingan Piala Presiden 2020 membuka tirai hujung Februari depan, beliau berharap skuadnya mampu memberikan hasil yang terbaik dalam misi layak ke saingan suku akhir.

“Kecergasan buat masa sekarang agak memuaskan, cuma berharap pemain baru tidak kekok dengan corak latihan daripada jurulatih.

“Kerana sebelum ini mereka berada di bawah kendalian jurulatih lain diikuti corak latihan yang berbeza.

“Namun, setelah memasuki hari kedua latihan, nampak ada perubahan dan mereka cepat tangkap taktikal yang diberikan,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Dalam pada itu, Mohd Ashiq berkata, beliau berharap pasukannya mampu menjayakan sasaran yang ditetapkan menerusi persiapan awal yang dibuat musim ini.

“Tahun lepas kita lambat bersedia, yang mana pemilihan pemain juga tidak berapa teliti.

“Mudah kata, kita main dalam keadaan ‘tergocoh-gocoh’, sebab itu tahun lepas, prestasi pasukan mula meningkat selepas pusingan kedua yang mana menyaksikan lebih banyak mata dikutip berbanding pusingan pertama,” katanya.

Bagi musim 2019 skuad Piala Presiden yang dibimbing Sapian Wahid sebelum digantikan Rashid menamatkan kempen tahun lepas di tangga kesepuluh dari 12 pasukan dalam kumpulan B dengan 17 mata selepas 22 perlawanan.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago