Categories: MELAKA

Hanya selenggara, bukan renovasi Seri Bendahara- JKR Melaka

MELAKA 19 Mac – Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka tampil menjelaskan mengenai kenyataan yang tular berhubung renovasi rumah rasmi Ketua Menteri Melaka, baru-baru ini.

Menerusi satu kenyataan, JKR Melaka menjelaskan pihaknya hanya menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan memandangkan melalui pemeriksaan pada awal Februari lalu mendapati terdapat beberapa kerja pembaikan perlu dijalankan dengan segera, sekali gus menepis dakwaan renovasi dilakukan.

“JKR merupakan agensi yang bertanggungjawab menyelenggara aset-aset kerajaan termasuk Seri Bendahara (Rumah Rasmi Ketua Menteri Melaka). Justeru itu, pemeriksaan secara berkala telah diadakan dari masa ke semasa bagi memastikan bangunan berada dalam keadaan selamat dan sempurna.

“Pemeriksaan terakhir telah diadakan pada awal Februari 2020. Hasil daripada pemeriksaan tersebut mendapati terdapat beberapa pembaikan yang perlu dijalankan dengan segera dan kerja-kerja perolehan pembaikan secara sebutharga telah dikeluarkan pada pertengahan Februari lalu, manakala pelaksanaan kerja-kerja tersebut telah dilaksanakan pada awal bulan Mac 2020 dan dijangka siap pada awal bulan april 2020,” katanya.

Tambah kenyataan itu kerja-kerja penyelenggaran itu akan terus dijalankan dari semasa ke semasa mengikut keperluan bagi menjaga dan memelihara semua aset bangunan Kerajaan Negeri Melaka.

Mohamad Fazrul Abdul Majid

Leave a Comment
Share
Published by
Mohamad Fazrul Abdul Majid

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

12 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago