Categories: MELAKA

Hanya perniagaan keperluan asas harian dibenarkan beroperasi sekitar Jasin – MPJ

JASIN 18 Mac –  Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) hanya membenarkan perniagaan keperluan asas harian beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

MPJ dalam kenyataanya memaklumkan, pihaknya mengarahkan penutupan serta merta dilakukan keatas premis yang tidak berkaitan.

Tindakan itu dibuat dibawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 untuk tempoh berkuatkuasa dari 18 hingga 31 Mac 2020 depan.

Semua premis perniagaan termasuk milik MPJ kecuali pasar, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual keperluan harian dibenarkan beroperasi.

Bagi kedai makan pula hanya boleh beroperasi untuk menjual makanan yang dibungkus dan dibawa pulang sahaja.

Manakala, pasar malam, pasar tani, bengkel, mahkamah, taska atau nurseri termasuk pusat hiburan keluarga serta kompleks sukan diarahkan tutup untuk segala aktiviti.

Kesemua mereka yang terbabit dikehendaki mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini sehingga 31 Mac 2020 atau ke suatu tarikh lain yang dimaklumkan kelak.

Sekiranya didapati gagal mematuhi arahan ini tindakan undang- undang boleh dikenakan selain lesen perniagaan boleh dibatalkan oleh MPJ.

Ends

Nur Saliawati Salberi

Leave a Comment
Share
Published by
Nur Saliawati Salberi

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago