Categories: MELAKA

Hampir mustahil kawal penyebaran berita palsu – Exco

AYER KEROH 22 Nov. – Exco Komunikasi, Multimedia, NGO, Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Kerk Chee Yee berkata, tiada mekanisme terbaik yang mampu mengekang penyebaran berita palsu, melainkan ia dihentikan sendiri oleh pembaca sebelum disebarkan.

Berbanding belasan tahun dahulu katanya, fenomena itu amat membimbangkan kerana ia amat mustahil dikekang.

“Sangat susah dan hampir mustahil untuk mewujudkan mekanisma atau jabatan (yang bertanggungjawab) untuk mengawal semua maklumat ini, tidak kira sama ada ia benar atau palsu sebelum ia dilepaskan (kepada umum).

“Dari sudut kerajaan negeri, kita hanya berpandukan pada akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Buat pembaca selalu saya tekankan bahawa setiap kita adalah garisan pertahanan pertama sebelum menyebarkan sesuatu yang dibaca di laman sosial dan buat semakan,” katanya.

Beliau berkata ketika menjawab soalan tambahan dikemukakan Datuk Seri Utama Idris Haron (BN-Sungai Udang) pada hari kelima persidangan ketiga (bajet) penggal kedua Dewan Undangan Negeri Melaka keempat belas di Seri Negeri di sini sebentar tadi.

Terdahulu, Idris mengajukan soalan kepada Chee Yee mengenai mekanisme kerajaan negeri gunakan untuk mengekang berita palsu dalam era Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) yang tidak hanya tertumpu kepada teknologi.

Faiz Hasan

Leave a Comment
Share
Published by
Faiz Hasan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago