Categories: MELAKA

Hala tuju Harwanis dekati masyarakat

DALILAH bersama Aniza (kiri) dan Azura (kanan) banyak membantu beliau merangka hala tuju Harwanis.

AYER KEROH 26 Jun – Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil Rakyat Pakatan Harapan (HARWANIS) Negeri Melaka akan terus merangka program kebajikan dalam usaha mendekati masyarakat di negeri ini.

Pengerusinya, Dalilah Awaludin berkata, walaupun baru saja ditubuhkan, tetapi Harwanis aktif dalam kerja-kerja kesukarelawan termasuk membantu golongan yang memerlukan.

Dalilah yang juga isteri Ketua Menteri berkata, antara program kebajikan yang dirangka ialah kegiatan turun padang dan lawatan rumah ke rumah bagi menemui masyarakat susah serta mengenal pasti kehidupan mereka.

Jelasnya, sebagai sebuah badan amal, Harwanis akan menghulurkan bantuan kepada mana-mana pihak yang dikenal pasti memerlukan pertolongan.

“Kami akan merancang secara lebih tersusun program kebajikan yang bakal dilaksanakan pada masa depan supaya ia merangkumi semua peringkat masyarakat di negeri ini,” katanya.

Dalilah berkata demikian semasa ditemui MelakaKini dalam temu bual khas, di Seri Bendahara, hari ini.

Hadir sama, Pembantu peribadi beliau Aniza Talib dan Setiausaha Khas Wanita Pejabat Ketua Menteri, Azura Talib.

Mengulas lanjut, Dalilah berkata, Harwanis pada masa hadapan akan turut terlibat menganjurkan aktiviti keagamaan seperti kuliah agama bagi meningkatkan kefahaman dalam kalangan ahlinya, mendekati ibu tunggal, anak yatim dan juga golongan remaja.

Menurut Dalilah lagi, kegiatan Harwanis dijalankan secara berfokus dan tidak hanya tertumpu di kawasan tertentu sahaja, maka pendekatan tersebut akan diperluaskan bagi memberi impak lebih besar kepada masyarakat.

“Adalah menjadi harapan saya agar Harwanis pada masa depan dapat bergerak lebih aktif sebagai badan kebajikan bagi membantu rakyat lebih-lebih lagi rakyat Kelantan yang majoritinya masih memerlukan bantuan.

“Saya juga melahirkan rasa syukur kerana aktiviti turun padang juga dapat dijalankan seawal bulan Ramadan lalu bagi memberi peluang kepada saya berjumpa dan beramah mesra dengan penduduk setempat.

“Perjumpaan itu memberikan kesan baik kepada kerajaan dan saya juga secara peribadinya kerana bukan saja mempererat ukhuwah, malah masyarakat turut menerima pelbagai bantuan sempena hari raya,” katanya.

Beliau berkata, agenda dan aktiviti yang sudah dirancang akan diteruskan pada masa akan datang kerana ia menjadi salah satu wadah membantu usaha memperkukuhkan hubungan perpaduan antara Harwanis dengan masyarakat setempat.

Katanya, secara tidak langsung usaha-usaha murni seumpama ini akan menambahkan keyakinan rakyat apabila pemimpin mereka bertanggungjawab memikul amanah semata-mata untuk kepentingan rakyat tanpa mengira latar belakang mereka.

“Sambil menghulurkan sedikit bantuan bagi meringankan beban golongan kurang kemampuan, saya juga berpeluang mendekati masyarakat memerlukan dan mendalami perkara aspek kehidupan selain menekankan perpaduan dan keharmornian bersama.

“Ini jelas membuktikan keprihatinan mereka dalam memanfaatkan tanggungjawab sosial apabila masyarakat tanpa mengira latar belakang dapat dibela menerusi bantuan yang disalurkan,” ujarnya.

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago