Had umur belia di Melaka 15 tahun hingga 30 tahun

Had umur belia di Melaka 15 tahun hingga 30 tahun

RUU Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019 tau..

AYER KEROH 11 Julai – Melaka menetapkan had umur belia kepada antara 15 tahun hingga 30 tahun, iaitu selaras dengan keputusan Kementerian Belia Sukan (KBS) yang menurunkannya daripada 40 tahun kepada 30 tahun.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, beliau yakin keputusan itu akan kembali meremajakan institusi belia dan memududahkan belia membangun selari dengan aspirasi kerajaan baharu.

Katanya, keputusan itu juga dibuat dengan harapan belia dalam lingkungan umur berkenaan sudah cukup dewasa setelah melepasi had umur diletakkan dalam berdepan dengan dunia akan datang.

“Kerajaan negeri terima pakai penetapan umur belia kepada 15 hingga 30 tahun seperti yang ditetapkan KBS.

“Ini kerana peruntukan dan program KBS adalah berdasarkan pada dasar persekutuan dan kita yakin penetapan garis belia dapat berikan sesuatu yang terbaik kepada belia di peringkat negeri dan negara.

“Hujahnya kita telah dengar di dewan rakyat dan yakin ia dapat meremajakan institusi belia dan selepas umur 30 tahun itu mereka sudah cukup dewasa untuk berdepan dengan dunia akan datang sesuai dengan aspirasi kerajaan baharu untuk belia lebih pantas dilibatkan dalam pembangunan negeri dan negara,” katanya di Seri Negeri, di sini hari ini.

Dewan Rakyat tempoh hari, meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019 (Akta 668) antaranya menurunkan had umur belia daripada 40 tahun kepada 30 tahun.

RUU Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019 diluluskan selepas dibahaskan hampir lima jam oleh 17 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

RUU itu dibentangkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS