Hab e-sukan pertama negara mula beroperasi

Hab e-sukan pertama negara mula beroperasi

Terbaik. Hari minggu esport gamers Melaka boleh la gather kat sana. Mana tau boleh buat mini tournament kan..


MELAKA menjadi peneraju hab e-sukan pertama negara selepas perasmian Ancient Galaxy E-Sport Hub di Kota Syahbandar dirasmikan Exco Komunikasi, Multimedia, badan bukan kerajaan (NGO), Pembangunan Belia dan Sukan, Kerk Chee Yee, sebentar tadi.

Hub berkenaan yang dilengkapi peralatan komputer serba canggih dan teknologi dunia realiti maya (VR) turut akan menjadi lokasi pemilihan akhir atlet e-sukan Melaka ke Sukan Malaysia (SUKMA) Johor 2020.

Hadir sama, Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Melaka, Ariffin Mohd Ghani.

Chee Yee dalam ucapan ringkasnya berharap dengan pembukaan hab e-sukan pertama negara di Melaka itu akan menukar pandangan sesetengah masyarakat terhadap arena berkenaan yang dilihat tidak menguntungkan dan membazir masa.

“Saya berharap dengan pembukaan hub ini ia akan memulihkan kembali stigma negatif sebahagian masyarakat terhadap sukan ini.

“Berdasarkan rekod, e-sukan dimainkan 427 juta orang di seluruh negara dan ia menjana pendapatan sebanyak RM100 bilion.

“Di Malaysia saja terdapat 22 juta pemain e-sukan yang telah membelanjakan sehingga RM527 juta setahun sekali gus meletakkan Malaysia sebagai negara ke-18 dunia dalam kategori penjanaan pendapatan dalam bidang sukan ini,” katanya.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS