Guru jana ‘part-time’ lima angka sebulan

Guru jana ‘part-time’ lima angka sebulan

Di mana ada keazaman di situ ada jalan

AYER KEROH 20 Sept. – Bermula dengan terlihat iklan di laman sosial Facebook, Abdul Mansur Mat Yamin, 27, tidak menyangka dia kini mampu menjana pendapatan sampingan mencecah lima angka sebulan.

Anak ke 11 dari 14 beradik itu hanyalah seorang guru biasa yang berkhidmat di Sekolah Henry Gurney sejak 2013 dengan pendapatan kasar sekitar RM2,000 sebelum mula berjinak-jinak menjadi stokis Is Beauty Collagen (ISBC) pada awal Mei lalu.

Nekad mencari `duit tepi’ bagi menyara kehidupannya bersama isteri, Syaza Amirah Amir, 26, dan ibunya, Che Bidah Haron, 68, Abdul Mansur sanggup memekak telinga daripada sindiran rakan-rakan kerana menjual produk kesihatan dan kecantikan termasuk bergelut mencari pelanggan pada peringkat awal.

“Kerjaya sebagai guru adalah tugas yang murni, cuma dalam keadaan ekonomi yang sedikit mencabar, saya melihat perlu ada pendapatan sampingan bagi menampung keluarga.

“Segalanya bermula ketika saya sedang melayari internet sebelum menemui iklan di Facebook mengenai peluang perniagaan ini.

“Ketika itu tiada apa lagi yang saya fikirkan dan terus berjumpa Pengasas ISBC, Muhammad Iddinsyah Mohd Fuzi di Kuala Lumpur untuk penerangan lanjut, fokus saya hanyalah mencari wang sampingan untuk membantu keluarga.

“Modal sebanyak Rm13,500 saya keluarkan, ia wang simpanan yang saya kumpulkan lebih tiga tahun bekerja tetapi saya yakin akan pulangan yang bakal diperoleh.

“Dan ia terbukti kerana dalam masa tiga bulan saya mampu menjana pendapatan RM10,000,” katanya ketika ditemui hari ini.

Menurut Mansur, sokongan keluarganya adalah sebab utama kejayaan yang dikecapinya hari ini.

“Banyak yang perlu dilakukan kerana jadual saya terlalu padat dengan penghantaran produk.

“Tetapi demi keluarga saya pejamkan saja mata, kini duit gaji saya pun tidak diusik dan segala perbelanjaan menggunakkan duit untung berniaga,” katanya.

Jelas Mansur, produk ISBC yang paling laris ketika ini adalah Extra Skin White (ESW) iaitu kapsul kecantikan yang digabungkan dengan lima bahan iaitu, ekstrak bunga Sakura, serbuk mutiara, kolagen marin asli, gluthathione dan vitamin C.

“Kesan pengambilannya mampu mengecutkan jerawat, memutihkan, mencerah dan menggebukan kulit seluruh badan, mengurangkan resdung, menghilangkan kesan kusam, menjadikan kulit lebih berseri secara semulajadi, memudarkan parut jerawat dan luka serta lain-lain.

“Pengambilannya hanya dua kali sehari dan akan bertindak sepantas lima hari,” katanya.

Beberapa produk lain turut dijual antara pil vitamin C yang bertindak sebagai agen mempercepatkan kesan ESW dan set kosmetik.

“Orang ramai yang berminat menyertai ISBC dan membeli produk ini boleh terus menghubungi saya di talian 017-603 4795.

“Atau mengirimkan mesej di laman Facebook saya iaitu esw stokis Melaka dan laman Instagram, official_mansur,” katanya.


SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES