GUNA SISTEM ‘FACE RECOGNITION’ PERTAMA DI SEKOLAH

GUNA SISTEM ‘FACE RECOGNITION’ PERTAMA DI SEKOLAH

Makin canggih…

 

Buat pertama kalinya, pemasangan sistem kamera ‘face recognition’ atau kamera pengimbas wajah digunapakai di salah sebuah Sekolah di Melaka iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yu Ying.

Ia antara kaedah baru bagi memantau dan merekodkan kehadiran murid tanpa rekod manual, selain sebagai sistem keselamatan utama sekolah dimana wajah setiap individu yang keluar dan masuk melalui kawasan pintu masuk akan direkodkan.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata pihaknya akan melihat keberkesanan kaedah itu sebelum dikembangkan dan digunapakai ke sekolah dan jabatan lain.

Beliau berkata demikian kepada media selepas sesi lawatan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yu Ying, Semabok Dalam.

Pemasangan sistem teknologi canggih menerusi sebuah syarikat dari Guang Zhou, China itu sekaligus  menjadikan ia sekolah pertama di negeri ini mencapai keberhasilan kepintaran pembuatan (AI) di Melaka.

Sebanyak lima unit kamera pengimbas dipasang sejak pertengahan tahun lalu telah menjamin keselamatan kira-kira 600 warga sekolah dan memberi peningkatan kepada rekod kehadiran pelajarnya.

Inisiatif itu turut mendapat sokongan positif ibu bapa memandangkan setiap rekod waktu dan data pelajar dihantar terus melalui aplikasi telefon pintar mereka sekaligus mengurangan kebimbangan terhadap keselamatan anak mereka.

CATEGORIES