Gerrard, Owen bakal ‘sarung’ jersi MU?

BATU BERENDAM 11 Feb. – Pemain bola sepak legenda seperti Steven Gerrard, Michael Owen, Sol Campbell dikatakan sudah hampir pasti bakal menyarung jersi Melaka United (MU) sedikit masa lagi.

Bagaimanapun, jelas Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Damian Yeo Shen Li, nama-nama itu bukanlah untuk memperkuatkan cabaran Melaka United dalam saingan Liga Malaysia, sebaliknya mereka bakal turun ke Melaka dalam satu acara sukan mega yang akan berlangsung di Stadium Hang Jebat, Jun ini.

Daripada acara sukan tersebut, ujarnya, bekas pemain Liga Perdana Inggeris itu akan turun dalam kesebelasan ‘Melaka United Selection’ dan akan menentang ‘Rest Of The World Selection’ yang akan membariskan nama-nama seperti Thiery Henry, Luis Figo, Ruud van Nistelrooy, Edwin van der Sar dan lain-lain.

“Sebenarnya pemain-pemain ini akan hadir ke Malaysia dari 1 Jun hingga 10 Jun 2020 dan acara utamanya ialah di Stadium Nasional Bukit Jalil. Tetapi daripada 10 hari itu, saya akan membawa mereka ke Melaka selama tiga hari dan adakan perlawanan bola sepak di antara pasukan Melaka United Selection menentang Rest Of The World Selection.

“Bukan hanya perlawanan bola sepak, kita juga merancang untuk adakan karnival dan juga sesi ‘Meet & Greet’ bersama pemain-pemain ini di kompleks beli-belah yang ada di Melaka bagi membolehkan rakyat Melaka berjumpa dan beramah mesra bersama bintang-bintang legenda ini.

“Kita berharap dapat membawa bintang-bintang ini ke Melaka pada waktu hujung minggu bagi membolehkan lebih ramai rakyat berjumpa dengan mereka,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan kejohanan Melaka Royale Futsal Tournament 2020, baru-baru ini.

Tambah Damian, objektif utama penganjuran ini adalah untuk menggalakkan sektor pelancongan negeri Melaka, khususnya dan Malaysia amnya melalui pelancongan sukan (sport tourism).

“Kita percaya platform sport tourism ini boleh membantu dalam menjana ekonomi Melaka sepanjang 2020 ini, selain turut membantu ke arah merealisasikan sasaran Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM2020),” katanya lagi.

Mohamad Fazrul Abdul Majid

Leave a Comment
Share
Published by
Mohamad Fazrul Abdul Majid

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago