Geng Surya tumpas

Geng Surya tumpas

Tumpas akhirnya...

BUKIT BERUANG 11 Julai- Lapan ahli Geng Surya tumpas dicekup polis selepas dipercayai terbabit dalam kes samun bersenjata di 30 buah rumah di sekitar Melaka dan Negeri Sembilan sejak enam bulan lalu melibatkan kerugian RM900,000.

Kesemua suspek berusia diantara 24 hingga 54 tahun ditahan dalam beberapa siri tangkapan di sekitar Melaka.

Timbalan Ketua Siasatan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) (Risikan dan Operasi), Supritendan Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, modus operandi kumpulan terbabit dengan menyasarkan rumah berbangsa India yang akan melangsungkan perkahwinan.

“Kebiasaannya tuan rumah akan menyimpan barang kemas di dalam rumah dan kumpulan ini mempunyai perisik atau pointer yang terdiri daripada penduduk tempatan bagi mengenal pasti rumah yang akan dipecah masuk.

“Berdasarkan risikan dan siasatan yang dijalankan Pasukan Khas Bahagian Siasatan Khas D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, lapan lelaki termasuk dalang yang bekerja sebagai pemandu lori ditahan dalam beberapa siri tangkapan sejak 7 Julai hingga 10 Julai(semalam),”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Ops Bridal di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Melaka, di sini, hari ini.

Katanya, turut dirampas pelbagai barang kemas yang dirampas dari kedai emas dan pajak gadai, dua uni patung bersalut emas, satu patung tembaga yang digunakan masyarakat hindu bagi upacara keagamaan.

“Antara yang dirampas, pelbagai jenis telefon bimbit, lima buah televisyen, komputer riba, surat pajak gadai, peralatan untuk pecah rumah dan peralatan melebur emas.

“Kes masih dalam siasatan dan kesemua suspek direman selama empat hari sehigga esok mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda,” katanya.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS