GCF2019: Rizal rangkul tali pinggang Ketua Menteri

GCF2019: Rizal rangkul tali pinggang Ketua Menteri

Sengit

RIZAL Azmin, yang mewakili Malaysia dinobat juara tali pinggang Ketua Menteri selepas menumpaskan Maxnoi Soi Jaroonsing dari Thailand dengan ‘split points decision pada River Muaythai Championship, malam Sabtu lalu.

Kejohanan bersempena Grand Cultural Festival Melaka River 2019 itu menyaksikan pengadil memberikan mata 29-28 kepada Rizal selepas tiga pusingan.

Pemenang tempat ketiga Sukan Malaysia (Sukma) Perak yang memenangi perlawanan berkenaan tampak ketinggalan pada pusingan pertama, sebelum menunjukkan aksi sebenar pada pusingan kedua dan ketiga.

Selaku johan, Rizal membawa pulang wang tunai dan medal yang disampaikan Exco Pelancongan, Warisan Dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhamad Jailani Khamis.

Turut hadir menyaksikan perlawanan berkenaan, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Azlan Abidin.

CATEGORIES