Gara-gara tukar lorong, lelaki warga emas maut

Gara-gara tukar lorong, lelaki warga emas maut

PERINGGIT 15 April- Gara-gara ingin menukar lorong dari kiri ke kanan, seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah- Jasin (AMJ) berhampiran Melaka Sentral, di sini pagi tadi.

Mangsa, Husin Jaya,73 tahun maut dilokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Assisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, kejadian terbabit melibatkan motosikal Honda Ex5 dan Kereta Honda City.

“Sebelum kejadian, kedua-dua kenderaan dalam perjalanan menghala ke Bachang dari Peringgit.

“Siasatan awal dilakukan mendapati kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal seorang diri berlanggar dengan kereta Honda City yang dipandu wanita berusia 27 tahun dan perlanggaran berlaku dibahagian hadapan sebelah kiri kereta terbabit,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Afzanizar berkata, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia dilokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

Katanya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Besar Melaka bagi proses bedah siast selain kedua0dua kenderaan terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Melaka Tengah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan selain keterangan percakapan pemandu kereta, pihak polis meminta kerjasama orang awam yang menyaksikan kejadian tersebut untuk tampil membantu siasatan,”jelasnya.

CATEGORIES