Categories: ISUMELAKA

Gangguan air: Melaka masih selamat, tiada catuan, hanya tekanan rendah

AYER KEROH 17 Sept. – Kerajaan negeri mengambil langkah proaktif berhubung masalah gangguan bekalan air berlaku di negeri ini berikutan musim kemarau yang berlarutan sejak Julai lalu.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab berkata, masalah berpunca apabila paras air di ‘intake’ Sungai Melaka, kolam takungan, loji rawatan air Bertam dan loji rawatan air Bukit Sebukor yang semakin merosot.

Menurutnya, tindakan segera telah pun diambil bagi berhadapan masalah itu.

“Kita telah memohon mendapatkan persetujuan Kerajaan Negeri Johor untuk membenarkan tambahan pengepaman dari Sungai Grisek, Muar sebanyak 47 juta gelen sehari ke Empangan Durian Tunggal.

“Pengepaman tambahan ini bukan sahaja mengekang penurunan paras, ia juga dapat menampung pengurangan abstraksi daripada Sungai Melaka ke Loji Bertam,” katanya pada sidang media berikutan isu gangguan air di negeri ini di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini hari ini.

Ujar Mohd Sofi, langkah lain diambil termasuk memindahkan air mentah dari Empangan Jus ke Empangan Durian Tunggal.

“Sumber lain turut digunakan adalah Empangan Air Keroh, loji Air Gadek, Lombong Kesang, Kolam Air Panas dan lain-lain bagi membantu meningkatkan paras air di Sungai Melaka sebelum dirawat.

“Kita turut mendapatkan bantuan 14 lori tangki dari operator di negeri lain seperti Terengganu, Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Pahang,” katanya.

Ditanya sama ada Melaka kini berhadapan krisis air, beliau yakin bekalan air di negeri ini masih terjamin.

“Saya yakin kita tidak berdepan krisis air memandangkan air masih sampai kepada penduduk.

“Sehingga kini hanya 12 kawasan di Melaka Tengah dan Jasin terjejas tetapi mereka masih mendapat air, cuma tekanan air rendah membuatkan ia tidak sampai.

“Walaupun paras empangan air di tahap kritikal tetapi kita cuba mengatasinya dengan menghantar bekalan air menerusi lori tangki,” katanya.

Menjawab aduan penduduk mengenai notis air tidak diterima, jelas Mohd. Sofi, perkara tersebut akan ditambah baik dari semasa ke semasa.

“Kita telah minta exco dan ahli dewan undangan negeri (ADUN) memberi makluman awal kepada penduduk di kawasan masing-masing berhubung isu itu.

“Notis awal perlu dikeluarkan supaya mereka boleh membuat persediaan dan bila ia tidak berlaku, rakyat akan terkesan sekali gus menimbulkan kemarahan,” katanya.

Setakat ini, tambah Mohd Sofi, tiada catuan air dibuat dalam masa terdekat.

“Jika catuan dibuat pasti ada kawasan terjejas dan oleh kerana pelbagai langkah dilaksanakan, tiada keperluan untuk catuan dilakukan.

“Sehingga kini kita hanya menunggu paras air di Sungai Melaka dan kolam takungan meningkat supaya masalah ini selesai sepenuhnya.

“Jabatan Meteorologi memaklumkan perubahan monsun barat daya dan timur laut akan berlaku dan kita jangka hujan akan berlaku hujung September ini,” katanya.

Dalam pada itu, kerajaan telah mengambil persedian lanjut supaya masalah air dapat ditangani lebih baik selepas ini.

“Pelan jangka panjang adalah dengan membina empangan Jernih di Masjid Tanah.

“Ia sedang dalam proses dan segala kos ditanggung Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Difahamkan dalam kenyataan media Ketua Menteri, Adly Zahari sebelum ini, sejumlah 600 juta liter air diperlukan bagi menampung keperluan penduduk di negeri ini.

Bagaimanapun, buat masa kini hanya 550 juta liter air yang boleh dihasilkan untuk kegunaan rakyat.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Admin MelakaKini

Leave a Comment

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

4 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

6 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

6 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

6 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

6 months ago