Galak graduan, lepasan SPM sertai industri Taska

Galak graduan, lepasan SPM sertai industri Taska

Mampu membantu meningkatkan prestasi Taska yang diusahakan

BANDAR MELAKA 22 Okt. – Bakal graduan dan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mempunyai minat menjaga kanak-kanak digalakkan mengambil inisiatif menimba ilmu dalam bidang berkaitan.

Timbalan Menteri Pembangunan, Wanita Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata, industri Taska mempunyai masa depan cerah dan ia boleh memberi peluang pekerjaan kepada golongan tersebut.

Menurutnya, pengusaha Taska mempunyai sijil atau ijazah berkaitan mampu membantu meningkatkan prestasi Taska diusahakan.

“Saya minta lepasan SPM atau graduan yang tidak tahu untuk memilih jurusan apa untuk menyambung pendidikan mencuba bidang seumpama ini.

“Ini adalah satu industri semakin berkembang dan kita yakin ia boleh pergi jauh pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada semasa berucap di majlis perasmian Mesyuarat Kolaboratif Kebangsaan (NCM) ke 21 di King Green Hotel di sini.

Hadir sama, Exco Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan, Datuk Ginie Lim Siew Lin.

Tambah Hannah, pihaknya sentiasa pastikan kerajaan memberi dana setiap tahun bagi memastikan program dirancang di bawah kementerian itu berjalan lancar.

“Ini termasuk menggerakkan wanita-wanita di negara ini untuk bekerja.

“Jika kita nak bersaing dengan negara luar dan kurang bergantung kepada warga asing, kita perlu pastikan wanita di sini bekerja,” katanya.

Bagaimanapun, kita perlu infrastruktur sokongan seperti Taska di tempat kerja diwujudkan dengan jayanya bagi menyokong perkara itu.

“Ini adalah objektif serta hala tuju kementerian kita mulai tahun lepas dan sehingga kita kita telah berjaya laksanakanya secara berperingkat,” katanya.

Dalam pada itu beliau meminta persatuan pengasuh di Malaysia mengadakan pelbagai aktiviti dalam usaha menyelesaikan masalah teknikal yang timbul.

“Sama ada sesi dialog atau pendekatan lain, kita yakin ia boleh menjadi solusi baik,” katanya.

CATEGORIES