Categories: MELAKANASIONAL

Fokus wujud Taska di jabatan beruniform dan hospital

AYER KEROH 22 Okt. – Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata fokus kementeriannya kini adalah mewujudkan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) membabitkan hospital kerajaan dan di jabatan badan beruniform terlebih dahulu, sebelum memberi tumpuan terhadap agensi kerajaan lain, melibatkan bajet RM10 juta pada tahun ini.

Langkah itu katanya, supaya anggota dan kakitangan di kedua agensi berkenaan terutamanya golongan wanita yang bekerjaya tidak perlu risau semasa menjalan tugas.

“Produktiviti akan meningkatkan kalau mereka boleh kerja tanpa risaukan anak-anak.

“Kita akan menubuhkan 66 Taska baharu kebanyakan di hospital kerajaan dan juga memberi fokus terhadap agensi badan beruniform supaya pegawai bertugas dengan syif kerja tak perlu risau,” katanya demikian selepas melawat TASKA baharu di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bukit Katil di sini baru-baru ini.

Mengulas lanjut, dana mewujudkan Taska di jabatan kerajaaan itu hanya bagi memulakan inisiatif pusat jagaan kanak-kanak itu di agensi awam.

Jelasnya, jika agensi awam terbabit ingin menambah kapasiti melakukan penambahbaikan, jabatan terbabit perlu menggunakan dana sendiri.

“Ini adalah dana permulaan untuk utamakan kebajikan kakitangan, jika JPJ ingin menambah ruang, mereka perlu menggunakan dana sendiri,” katanya.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

7 hours ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

2 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

2 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

2 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

2 months ago