Categories: MELAKA

Fokus kebajikan di DUN Pantai Kundor, Klebang

BERTAM ULU 15 Mei – Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor dan DUN Klebang dikenal pasti antara kawasan paling ramai penduduk termiskin dalam Parlimen Tangga Batu.

Ahli Parlimennya, Prof. Madya Rusnah Aluai berkata, ekoran itu, pihaknya akan memberi perhatian sepenuhnya di kawasan terbabit bagi mengeluarkan penduduk kawasan itu daripada garis kemiskinan.

Ini kerana menurutnya, kebanyakan penduduk di kedua-dua kawasan terbabit adalah nelayan.

“Di DUN Pantai Kundor bukan sahaja merekodkan jumlah penduduk termiskin paling ramai, malah terdapat warga emas teramai yang juga antara 86,000 pengundi Parlimen ini yang perlu diberikan perhatian untuk mengurangkan kadar kemiskinan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melakukan penyerahan bantuan moreh dan bubur lambuk kepada sembilan masjid di Pejabat Khidmat Masyarakat Parlimen Tangga Batu di sini, hari ini

Menurut Rusnah, pembangunan yang ditumpukan di dua kawasan terbabit bukan hanya berbentuk fizikal semata-mata sebaliknya aspek kebajikan lebih diutamakan kerana masih ramai lagi yang memerlukan bantuan.

Sebagai sebuah negeri maju, ujarnya, adalah tidak wajar jika masih ada rakyat yang dikategorikan sebagai termiskin.

“Golongan seperti ibu tunggal dan warga emas perlu diberi perhatian dan kita akan kerap turun padang untuk menghulurkan bantuan,” katanya.

Terdahulu pada program itu, Rusnah berkata, sumbangan peruntukan moreh dan bubur lambuk sebanyak RM1,000 itu bertujuan meringankan pihak pengurusan masjid melaksanakan program kemasyarakatan seperti agihan bubur lambuk dan moreh selepas solat terawih sepanjang Ramadan ini.

Faiz Hasan

Leave a Comment
Share
Published by
Faiz Hasan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 days ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

2 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

2 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

2 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

2 months ago