FOKUS BERI PENDIDIKAN KEPADA KOMUNITI ROHINGYA

FOKUS BERI PENDIDIKAN KEPADA KOMUNITI ROHINGYA

Semangat hidup bermasyarakat dan bersatu padu ..

 

Kerajaan negeri akan berbincang dengan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dalam mengenalpasti kaedah bagi meningkatkan tahap pendidikan komuniti Rohingya yang menetap di Melaka.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, selain menghulurkan bantuan kebajikan, aspek pendidikan juga menjadi fokus utama.

Beliau berkata demikian kepada media selepas sesi Ziarah Warga Rohingya di Kampung Kolam, Limbongan Melaka.

Dalam pada itu, Adly berjaka, Majlis Perwakilan Komuniti Kampung (MPKK) perlu memainkan peranan berinteraksi bersama mereka agar komuniti itu tidak terasing daripada msyarakat sedia ada.

Setakat ini seramai 400 komuniti Rohingya direkodkan menginap di Melaka.

 

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES