Floor 88 silap percaturan

Floor 88 silap percaturan

Ramai yang `tertipu' dengan rupa paras

SHERRY… Kenapa kau rasa dia mencurigakan? Bukan kau ke yang patut ‘back up’ dia?”

Itulah soalan Shuk kepada Sherry Al-Hadad selepas Sherry tidak sengaja mengeluarkan satu kenyataan yang bercanggah dengan kata-katanya sedangkan dia sepatutnya mempertahankan penyanyi misteri bergelar ‘Anak Mentari’ (Syahrul Nizam Sudir) selepas mendengar rakaman suara sebenar penyanyi misteri itu.

Sherry dipertanggungjawabkan sebagai penyiasat jemputan untuk episod ketujuh – I Can See Your Voice Malaysia 2 (ICSYVMY 2), selain Fatin Afeefa dan Floor 88 selaku artis jemputan kali ini.

Walaupun ramai mengesyaki bahawa Syahrul adalah seorang penyamar, namun kumpulan Floor 88 tetap membuat keputusan untuk berduet dengannya dan telah memilih untuk menyingkirkan seorang lagi penyamar bersuara sumbang iaitu ‘Aku Nak Jadi Bos’ (Aidi Azrizal Hassan).

Kebenaran akhirnya terbongkar apabila Syahrul perlu mendedahkan suara sebenarnya di pentas penentuan.

Menyampaikan lagu Zalikha nyanyian asal Floor 88, Ayie yang merupakan vokalis kumpulan tersebut hanya mampu ketawa kerana pasangan duetnya itu adalah seorang penyamar bersuara sumbang.

Secara automatik, Syahrul berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000.

Kumpulan Floor 88 telah membuat kesilapan besar apabila mereka sebulat suara menyingkir penyanyi misteri ‘Cergas Dan Pantas’ (Muhammad Shafique Amir) di pusingan yang pertama.

Mungkin ramai yang tidak yakin dengan kemampuan Shafique untuk menyanyi kerana paras rupanya tidak kelihatan seperti seorang penyanyi.

Namun, air tenang jangan disangka tiada buaya kerana Shafique berjaya membuat semua orang terpegun dengan suaranya yang merdu.

Dua lagi penyanyi misteri iaitu ‘Mat Konvoi’ (Mohamad Badruzzaman Zainudin) dan ‘Cahaya, Tanah, Air’ (Syed Luqman Nulhakim Syed Mohd Nizam) telah disingkirkan oleh Floor 88 di pusingan kedua kerana persembahan lip-sync mereka tidak meyakinkan.

Pada awalnya, setiap ahli kumpulan ini mampu menarik nafas lega kerana Badruzzaman langsung tidak ada bakat menyanyi dan ini bermakna Floor 88 berjaya menyingkirkan seorang penyamar.

Akan tetapi, kegembiraan mereka tidak bertahan lama kerana Luqman yang merupakan penyanyi sebenar juga telah disingkirkan.

Mungkin tuah tidak berpihak kepada Floor 88 di episod kali ini kerana mereka telah membuat silap sekali lagi apabila mereka bersepakat menyingkirkan penyanyi misteri bergelar ‘Kapten Keselamatan’ (Muhammad Aswan Musa) yang merupakan penyanyi sebenar.

ICSYVMY musim kedua dihoskan dua pengacara yang sememangnya lucu dan pasti membuatkan penonton tidak kering gusi iaitu Shuk Sahar dan Sean LJE.

Manakala tugas sebagai “penyiasat tetap” pula masih lagi digalas oleh Jihan Muse, Mark Adam dan Seelan Paul sama seperti musim pertama.

Selain tiga penyiasat tetap ini, mereka turut ditemani dua lagi penyiasat jemputan untuk membantu artis jemputan mengenal pasti siapakah sebenarnya penyamar bersuara sumbang dalam kalangan penyanyi-penyanyi misteri ini.

Setiap penyanyi misteri disingkir akan ke pentas penentuan yang mana beliau akan mendedahkan suara sebenar.

Seandainya penyanyi misteri terakhir merupakan penyanyi sebenar, penyanyi itu akan dapat menyertai Showcase ICSYVMY2 dan membuat persembahan bersama artis-artis ternama tanah air.

Jika penyanyi misteri terakhir merupakan penyamar, dia akan membawa pulang RM3,000.

ICSYVMY musim kedua ini dibawakan khas oleh Oppo selaku penaja bersama.

Program ini juga dimeriahkan lagi dengan artis-artis jemputan kesayangan ramai seperti Hael Husaini, Khai Bahar, Nabila Razali, Datin Alyah, Syamel, Siti Sarah, Floor 88, Haqiem Rusli, Ella, Ajai, Sam Bunkface dan Mas Idayu.

Showcase ICSYVMY pula disertai oleh Misha Omar, Ara Johari, Andi Bernadee dan Luqman Faiz.

ICSYVMY 2 turut menampilkan Hot FM sebagai Geng Radio dan OHBULAN! sebagai Geng Digital.

Krew penerbitan ICSYVMY musim kedua pula diketuai Mas Ayu Ali selaku Penerbit Eksekutif, dan Lucent Chong Kien Wen sebagai penerbit merangkap pengarah.

Dapatkah anda mengenal pasti siapa penyanyi sebenar dan siapa pula penyamar bersuara sumbang?

Jangan lupa saksikan ICSYVMY musim kedua pada setiap hari Ahad, jam 9 malam hingga 10.30 malam, hanya di TV3!

ICSYVMY juga boleh dapat disaksikan menerusi strim LIVE secara HD di tonton, YouTube TV3 Malaysia Official dan YouTube TV9 Malaysia Official.

 

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS