Categories: MELAKA

Fitnah untuk jatuhkan saya – Jailani

ANTARA kenyataan menfitnah Mohd Jailani dan ADUN Telok Mas, Noor Effandi Ahmad yang tular di WhatApp

BANDARAYA MELAKA 12 Julai – Berita fitnah yang tersebar mengenai akan diadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) di Dun Rembia sebagai satu tindakan kehabisan modal pembangkang, kata Adun Rembia, Muhammad Jailani Khamis.

Mohd Jailani yang juga Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri berkata,saya tahu mesti ada kepala yang menyebarkan berita tersebut, sehinggakan mereka sanggup menyerang isu peribadi.

Mohd Jailani berkata, individu yang menyebarkan berita tidak sahih itu juga sebenarnya bertujuan menganggu gugat pentadbiran kerajaan negeri sedia ada.

Menurutnya, walaupun ada yang cuba menjatuhkan saya, ia tidak akan mematahkan semangat saya untuk terus menjalankan tugas dan tanggungjawab diamanahkan seperti biasa termasuk membela nasib rakyat dalam DUN  Rembia.

Pada masa sama, saya juga akan ambil tindakan kepada individu yang membuat fitnah keatas saya dan tindakan yang bagaimana itu kita tunggu dan lihat,” katanya kepada MelakaKini.

Berita tidak sahih di media sosial seperti aplikasi WhatsApp dan Facebook itu dipercayai disebarkan individu tidak bertanggungjawab mengenai kelayakan Muhammad Jailani di dalam kerajaan disebabkan mempunyai tiga isteri dan salah seorang isteri tersebut bernikah di sempadan dan tidak didaftarkan di negara ini sejak beberapa hari lalu.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

11 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago