FitMalaysia Edisi Melaka batal kerana jerebu

FitMalaysia Edisi Melaka batal kerana jerebu

KBS terpaksa membatalkan program ini untuk mengelakkan risiko orang ramai berdepan dengan masalah kesihatan akibat jerebu...

AYER KEROH 13 Sept- Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia (KBS) mengambil keputusan membatalkan Program FitMalaysia Edisi Melaka yang dijadualkan berlangsung esok bertempat di Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Bandar Hilir Melaka pada 14 September 2019 (Sabtu).

Exco Komunikasi, Multimedia, Pembangunan Belia dan Sukan, Kerk Chee Yee telah mengesahkan bahawa majlis perasmian tersebut terpaksa dibatalkan atas faktor cuaca dan keselamatan orang awam.

Memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Belia Sukan pada jam 5.30 petang tadi, pembatalan tersebut atas nasihat dan pandangan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Dan Jabatan Alam Sekitar Melaka.

Aktiviti fizikal di kawasan terbuka adalah tidak digalakkan sekiranya IPU melebihi 100.

Berdasarkan laporan IPU yang dicatatkan di Bandaraya Melaka pada petang ini adalah sekitar 127 setakat jam 6.00 petang dan dijangkakan berada di paras tidak sehat untuk aktiviti luar esok.

Program FitMalaysia disertai dan sentiasa mendapat sambutan daripada pelbagai peringkat umur terutamanya kanak-kanak.

Oleh itu pihak KBS terpaksa membatalkan program ini untuk mengelakkan risiko orang ramai berdepan dengan masalah kesihatan.

Sebarang pengumuman berkenaan pelaksanaan program FitMalaysia Edisi Melaka pada masa yang akan datang akan dimaklumkan kemudian.

KBS mengucapkan ribuan terima kasih kepada lebih 12,000 orang peserta yang telah mendaftar untuk menyertai program FitMalaysia Edisi Melaka.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS