Categories: Antarabangsa

Filipina: Gunung berapi Taal muntah lahar, penduduk diarah berpindah

HANOI, 14 Jan – Gunung berapi Taal yang terletak 90 kilometer ke selatan Manila terus menghamburkan lahar dan abu ke udara, memaksa penduduk kampung melarikan diri dan lapangan terbang antarabangsa, pejabat dan sekolah ditutup.

Agensi berita Vietnam (VNA) melaporkan abu panas memenuhi ruang udara sehingga lebih 100 kilometer – menyebabkan ibu kota Manila terjejas – memaksa lapangan terbang utama negara ditutup dengan lebih 500 penerbangan dibatalkan pada 12 Jan.

Lebih 24,000 orang telah dipindahkan dan kawasan gunung berapi itu terkenal sebagai destinasi pelancongan popular.

Di bahagian barat daya gunung berapi, bandar Agoncillo dan Lemery diselubungi abu tebal, mengakibatkan kebanyakan jalan raya tidak dapat dilalui.

Datuk Bandar Agoncillo Daniel Reyes berkata beberapa rumah dan sebahagian bangunan turut musnah.

Di Talisay Batangas, hujan menyebabkan abu bertukar menjadi lumpur dan trak terpaksa digunakan untuk memindahkan penduduk di kawasan terpencil.

Pada 12 Jan, gunung berapi Taal memuntahkan abu sehingga 1,000 meter ke udara.  Pihak berkuasa berkata beberapa gempa bumi berukuran antara satu hingga tiga magnitud dirasai di kampung-kampung berdekatan.

Taal merupakan satu daripada gunung berapi paling aktif di Filipina, telah meletus lebih 30 kali dalam tempoh lima abad lalu. Letusan pada 1911 membunuh 1,500 orang. – BERNAMA

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago