Categories: EkonomiNASIONAL

FGV mula pulih, kurangkan kerugian bersih kepada RM242.19 juta

KUALA LUMPUR 28 Feb – Kerugian bersih FGV Holdings Bhd mengecil kepada RM242.19 juta untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis 2019 berbanding dengan RM1.08 bilion yang direkodkan semasa tahun kewangan sebelum ini.

FGV dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia menjelaskan hasil jatuh kepada RM13.26 bilion daripada RM13.46 bilion sebelumnya, disebabkan harga minyak sawit mentah (MSM) yang direalisasikan semasa tahun kewangan 2019 menurun 11 peratus kepada RM2,021 setan berbanding RM2,282 setan dalam tahun kewangan 2018.

“Ini disebabkan oleh harga lepas kilang yang bertambah baik bagi MSM iaitu pada purata RM1,503 setan berbanding RM1,800 setan dalam tahun kewangan 2018,” katanya.

Lembaga Pengarah mencadangkan pembayaran dividen akhir sebanyak dua sen sesaham untuk tahun kewangan 2019 dan dijangka akan dibayar pada pertengahan Julai 2020.

Bagi suku keempat tahun kewangan 2019 (Q4), FGV mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM75.79 juta berbanding kerugian bersih berjumlah RM209.16 juta pada suku yang sama sebelumnya.

“Ini berjaya dicapai walaupun hasil menyusut sebanyak 2.4 peratus kepada RM3.15 bilion bagi suku di bawah kajian berbanding RM3.23 bilion sebelum ini,” katanya.

Penurunan hasil dalam suku keempat tahun kewangan 2019 adalah disebabkan oleh pengeluaran buah tandan segar yang lebih rendah iaitu sebanyak 1.01 juta tan, susut 12 peratus daripada 1.15 juta tan yang dicatatkan dalam suku sebelumnya.

“Pengurangan ini diimbangi dengan harga MSM yang lebih tinggi yang direalisasikan pada RM2, 159 setan berbanding RM2,055 setan sebelum ini.

“Kadar perahan minyak (OER) bagi tempoh di bawah kajian adalah satu peratus lebih rendah pada 20.53 peratus berbanding 20.70 peratus sebelum ini,” katanya, sambil menambah bahawa hasil daripada jumlah pengeluaran yang lebih rendah, kos harga lepas kilang menokok sebanyak tiga peratus kepada RM1,691 setan berbanding RM1,638 setan pada suku keempat tahun kewangan 2018.

Sementara itu, sektor gula MSM Malaysia Holdings Bhd mencatatkan kerugian sebanyak RM319.70 juta berbanding keuntungan sebanyak RM58.71 juta yang direkodkan sebelum ini, berpunca daripada keuntungan kasar yang lebih rendah, kos kewangan yang lebih tinggi yang ditanggung berikutan pengubahsuaian dalam terma tertentu termasuk peruntukan bagi rosot nilai berjumlah RM143 juta dalam loji dan jentera.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Datuk Haris Fadzilah Hassan berkata pelan FGV untuk mempelbagaikan aliran pendapatannya sedang berjalan lancar.

Kumpulan itu menjangkakan pendapatan tambahan sebanyak RM45 juta dalam tahun kewangan 2020, yang akan datang daripada perniagaan ladang bersepadu, tenaga boleh diperbaharui dan makanan ternakan.

“Walaupun minyak sawit akan kekal sebagai teras kami, kepelbagaian ini memberikan peluang pertumbuhan serta tambahan hasil kepada kami dan pekebun kecil yang menjadi rakan kongsim” katanya.

— BERNAMA

Yusri Sahat

Leave a Comment
Share
Published by
Yusri Sahat

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago