Festival Teater Melaka 17-26 Julai, masuk percuma

Festival Teater Melaka 17-26 Julai, masuk percuma

Semua dijemput hadir..Percuma tau..

AYER KEROH 15 Julai- Jabatan Kebudayaan Negeri (JKKN) Melaka akan mengadakan Festival Teater Melaka 2019 yang akan berlangsung pada 17 hingga 26 Julai ini di Kompleks JKKN Melaka

Pengarah JKKN, Ezlina Alias berkata, sebanyak sembilan kumpulan akan membuat persembahan dari 17 hingga 25 Julai depan bermula jam 8.30 malam sehingga 10.45 malam.

Katanya, Majlis Penyampaian Hadiah Festival Teater Melaka 2019 akan diadakan pada 26 Julai, dan kesembilan kumpulan akan berentap untuk menjuarai anugerah di Festival Teater Melaka 2019.

“Antara tajuk teater yang akan dipersembahkan adalah ‘Pencuri Oh Pencuri’ dari Kumpulan Teater Aura Kreatif, UiTM Melaka; Kosong (Kelab Group Teater Marhaen Melaka); Persidangan Hantu-hantu (KERTAS); This Ability (KERTAS).

“Turut membuat persembahan, Penama dengan teater bertajuk Songsang; Pentas Sepresi dengan tajuk Nafkhur Roh; Patblass Studio dengan teater bertajuk Perang Terakhir; Rumah Kedai Jalan Seladang oleh JTP dan Bangsa Koyak dari Dramatis Studio.

“Kesembilan kumpulan teater ini akan berentap di peringkat negeri dan saya percaya mereka semua akan memberikan yang terbaik,” katanya kepada MelakaKini, hari ini.

Jelas Ezlina, orang ramai turut dijemput hadir untuk mengidupkan kembali ‘jiwa’ teater di Melaka dan kemasukan adalah percuma.

Bagi keterangan lanjut boleh hubungi 06-2331790 atau 06-2331787 (waktu pejabat).

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS