Categories: MELAKAPELANCONGAN

Feri baharu Mulia Kencana 19 rancakkan kedatangan pelancong Sumatera

BANDARAYA MELAKA 18 Feb. – Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Melaka hari ini menerima ketibaan feri penumpang baharu dari Bengkalis, Indonesia sekali gus membawa nafas baharu buat pelancong dari negeri jiran itu.

Exco Pelacongan Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Jailani Muhammad Khamis berkata, Feri Mulia Kencana 19 yang memulakan operasi dari rantau itu sejak 2 Februari lalu mampu membawa seramai 308 penumpang dalam satu-satu masa.

Menurutnya, feri baharu yang merupakan ketiga milik PT Prasarana Bistari yang berpangkalan di Bengkalis tersebut telah menjalankan operasi perkhidmatannya di antara dua negeri iaitu Melaka dan Muar, Johor sejak 13 tahun lalu.

“Ketibaan bot baharu yang berlabuh kali pertama di negeri ini telah menggantikan feri lama yang sebelum ini membawa penumpang secara terus dari Melaka ke Bengkalis.

“Syabas kita ucapkan kepada syarikat ini yang mengendalikan perkhidmatan feri di negeri ini bagi membawa pelancong dari Indonesia.

“Kerajaan negeri komited dalam membangukan pelbagai inisiatif lain bagi membangunkan sektor pelancongan negeri ini dengan pelbagai tarikan dan pembangunan fasiliti yang diberi keutamaan bagi memastikan keselesaan pelancong.

“Banyak lagi perancangan kita bagi menarik pelancong menggunakan perkhidmatan feri pelancong di Melaka malah kita juga akan merancang bagi membangunkan kemudahan di ICQS dan kerajaan negeri akan memperuntukkan RM50,000 bagi kos menghias dan membangunkan tarikan pelancong di kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Cabutan Bertuah Bulanan Melaka River Cruise dan Ketibaan Feri Baharu Mulia Kencana 19 di ICQS, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan PT Prasarana Bistari, Redzuan Zainal berkata, feri baharu yang beroperasi itu akan menjalankan perkhidmatannya setiap empat hari seminggu.

Jelasnya, hari operasi membabitkan Selasa, Khamis, Sabtu dan Ahad itu bakal menambahkan lagi jumlah feri baharu menjelang Mei ini sehingga tahun hadapan.

“Operasi perkhidmatan yang dijalankan ini mampu membawa ratusan penumpang dari dua negara dengan jarak perjalanan yang diambil kira-kira dua jam setengah.

“Pencapaian ini merupakan satu perkara yang memberangsangkan dan kita telah menerima hampir 80,000 penumpang direkodkan untuk ke Melaka dalam setahun,” katanya.

Faiz Hasan

Leave a Comment
Share
Published by
Faiz Hasan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago