Categories: HIBURAN

Fasha duta baharu Inner Shine

BRAND’S®Suntory (Malaysia) Sdn. Bhd. memperkenalkan pelakon popular tanah air Fasha Sandha sebagai duta jenama baharu bagi rangkaian InnerShine® termasuk InnerShine® Pati Prun dan InnerShine® Pati Beri.

Menariknya, majlis perlantikan Fasha turut disertakan dengan pengumuman penajaan drama bersiri 14 episod, ‘Patah Sayap Bertongkat Paruh’, yang mengangkat aktres cantik itu sebagai teraju utama oleh produk itu.

Drama bersiri arahan Along Kamaluddin terbitan Zeel production yang disiarkan di saluran Astro Ria bermula 3 April lalu itu, turut dibintangi Aaron Aziz dan Zarul Husin.

Berkongsi perlantikannya sebagai duta jenama produk itu, Fasha berkata, dia gembira kerana diberi peluang menggalas tanggungjawab tersebut.

“Saya percaya bahawa pengambilan makanan yang sihat memberikan kesan yang positif kepada penampilan diri.

“Tetapi cabaran gaya hidup moden yang sibuk menjadikan tahap yang memuaskan sukar dicapai. Saya gembira apabila BRAND’S® tampil membantu pengguna dengan menyediakan suplemen-suplemen berkhasiat seperti rangkaian InnerShine®,” katanya.

Admin MelakaKini

Leave a Comment
Share
Published by
Admin MelakaKini
Tags: Fasha Sandha

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago