Categories: NASIONALSAMBPrihatin

Fasa kedua Monsun Timur Laut mula beri kesan pada Pulau Pinang

PADA 15 Januari lepas, menerusi laporan berita tempatan, dua empangan di Pulau Pinang merekodkan paras air pada tahap kritikal, sekali gus menjadikannya yang terburuk dalam sejarah negeri itu.

Ia rentetan Fasa kedua Monsun Timur Laut yang kini kian melanda negara dan dijangka berakhir pada hujung bulan Mac 2020.

Kesan daripada fenomena iklim tersebut, seluruh negeri di Malaysia mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan bekalan air akan sentiasa mencukupi sehingga penghujung Fasa kedua Monsun Timur Laut.

Namun Pulau Pinang terlebih dahulu merasai kesannya selepas pada 14 Januari lepas Empangan Air Itam merekodkan kapasiti efektif 62 peratus, manakala Empangan Air Itam pula 39.5 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk Jaseni Maidinsa berkata sejak November lalu, PBAPP sudah meminimumkan pelepasan air mentah dari Empangan Air Itam dan Empangan Teluk Bahang.

“Bagi memenuhi permintaan bekalan air ketika musim perayaan, PBAPP mengoptimumkan pengeluaran air terawat di Loji Rawatan Air Sungai Dua di tanah besar, dan mengepam lebih banyak air terawat ke Pulau Pinang,” katanya menerusi kenyataannya dalam satu portal berita tempatan.

Malah, beliau turut memohon kerjasama semua penduduk di Pulau Pinang supaya menggunakan air secara berhemat bagi mengelakkan catuan air atau bekalan air berjadual.

Bagi Exco Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Dr Afif Bahardin, fenomena iklim tersebut turut menjejaskan 1,600 hektar kawasan tanaman padi di Pulau Pinang akibat kekurangan sumber bekalan air dan faktor musim kemarau.

Jelasnya, masalah itu memberi kesan kepada lebih 800 pesawah di Seberang Perai, yang kini sedang menunggu padi mencapai usia matang.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menjelaskan secara klimatologinya, tempoh penghujung Monsun Timur Laut ini (iaitu dari pertengahan Januari hingga penghujung Mac) merupakan tempoh kurangnya taburan hujan di seluruh negara kecuali di barat Sarawak dan Sabah.

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

3 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

3 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

3 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

3 months ago