Fakta mengenai Khabib Nurmagomedov

Fakta mengenai Khabib Nurmagomedov

Ingat lagi Khabib belasah McGregor dulu?

SELAIN diketahui sebagai bintang seni bela diri campuran (MMA) masih tidak ramai yang tahu latar belakang pahlawan Ultimate Fighting Championship (UFC), Khabib Nurmagomedov sebelum dia menjadi perhatian ramai selepas menewaskan Conor McGregor pada edisi UFC 2018.

 

1.MELALUI ZAMAN KANAK-KANAK YANG PENUH MENCABAR

Dilahirkan dalam keadaan yang agak ekstrem sama ada dari segi geografi dan politik. Khabib juga dibesarkan dalam situasi yang terlalu tertekan di pergunungan Dagestan, Russia yang menjadi antara lokasi kemiskinan tegar dan pengganas. Ayahnya, Abdulmanap Nurmagomedov pula merupakan jurulatihnya yang pernah menjadi juara Sambo, seni bela diri dan juga penggusti bebas. Dia memiliki gimnasium tersendiri di mana juara MMA itu dilatih

2.ATLET SENI BELA DIRI YANG SEMPURNA

Khabib bukan setakat juara di dalam oktagon tetapi sebelum dia mencabar ego Mcgregor dalam medan pertarungan, dia sebenarnya telah meraih beberapa gelaran sebelum itu, mudah kata, Mcgregor telah pun ditakdirkan untuk kalah pada malam berkenaan.

I. Menjulang dua kali pingat emas pada Kejohanan Dunia SamboII.Pemenang dua kali pingat emas pada Kejohanan Sambo Russia Kebangsaan
II. Pernah memenangi Perandingan No-Gi Grappling di Amerika Utara
III. Juara Kejohanan Eropah dalam Tempur Tanpa Senjata Askar (Army Hand-to Hand).
IV. Johan Pankration Eropah

3.BERGELAR BAPA BEBERAPA JAM SEBELUM BERDEPAN BARBOZA

Detik malam UFC 219 merupakan penentuan karier Khabib sebagai petarung berkebolehan. Tetapi ia juga menjadi saat manis buatnya apabia dia bergelar bapa beberapa jam sebelum bertemu Barboza dan memenangi perlawanan berkenaan..

4.BELUM PERNAH TEWAS

Dengan rekod 27-0, Khabib turut memegang rekod sebagai atlet MMA yang belum pernah ditewaskan. Pengalaman dan rekodnya sepanjang membina karier di UFC membuktikan dia adalah petarung yang unik dan istimewa.

5.HAMPIR PUTUS ASA DARI UFC AKIBAT KECEDERAAN

Ya, ini antara perkara yang ramai tidak pernah tahu mengenai Khabib. Ia antara perkara yang mungkin dikenang Khabib di mana dia hampir berhenti dari pentas UFC selepas mengalami kecederaan yang mengancam nyawanya hinggakan dia terpaksa berhenti selama dua tahun sejak April 2014 hingga April 2016. Sepanjang tempoh rehat dua tahun itu dia memikirkan untuk mengumumkan persaraan, namun Abdulmanap menjadi sebab mengapa dia tidak jadi mengumumkan persaraan sebelum menjadi juara beberapa tahun berikutnya.


SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS