Categories: MELAKA

Fail 36 jabatan diaudit satu persatu

NORHIZAM

AYER KEROH 26 Jun – “Semua fail jabatan-jabatan di bawah portfolio saya akan diteliti satu persatu untuk kesan jika ada berlaku keraguan atau ketirisan (wang) termasuk tender dan projek.

“Saya tidak akan teragak-agak serah semua (fail, kes) dan laporkan pada Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM) jika timbul keraguan.

“Ia skandal kerajaan terdahulu Barisan Nasional (BN) yang mesti dibersihkan kerana rakyat Melaka wajar tahu apa kerajaan BN pernah buat).”

Itu yang ditegaskan Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan & Industri Asas Tani, Norhizam Hassan Baktee kepada MelakaKini, hari ini.

Ia susulan beberapa jabatan di bawah portfolio tersebut diarah menyerahkan fail-fail jabatan masing-masing untuk diteliti dan diaudit.

Difahamkan ia bagi mengesan sebarang kecelaruan akaun khususnya penyerahan tender semasa jabatan-jabatan terlibat di bawah teraju BN.

Arahan itu dikeluarkan oleh Norhizam Hassan terhadap jabatan-jabatan terbabit mulai minggu lalu di mana Norhizam Hassan mengesahkan jabatan-jabatan lain di bawah portfolionya bakal melalui frasa serupa dan harus bersiap sedia.

Ditemui MelakaKini semasa melakukan lawatan dan pemantauan di Melaka Biotechnology Corporation (MBC) petang tadi, Norhizam Hassan menegaskan terdapat keraguan dan masalah yang dikesannya berlaku dalam beberapa jabatan dari 36 jabatan yang diletakkan di bawah pemantauan beliau.

“Saya perlu pantau 36 jabatan di bawah portfolio saya, ada antaranya yang saya sudah minta fail kerana saya dapat kesan sesuatu, bukan mahu cari salah, tetapi akaun-akaun jabatan dan agensi ini perlu saya tahu perjalanannya dan ke mana perbelanjaan.

“Saya harus teliti satu persatu fail-fail ini kerana ia penting untuk dikemas, saya tidak mahu sebarang masalah timbul semasa saya ambil alih atau jabatan-jabatan ini di bawah pemantauan saya, ada juga jabatan yang saya kesan terdapat banyak masalah,” tegas beliau.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu berkata, beliau akan merujuk masalah dan individu terlibat ke pihak bertanggungjawab jika salinan laporan fail jabatan menunjukkan berlaku ketirisan, skandal penyerahan tender dan kronisme semasa jabatan terbabit diteraju kerajaan terdahulu.

“Saya sendiri akan ke SPRM jika saya dapati ada keraguan dalam fail-fail yang saya minta, jadi jabatan-jabatan tolong berlaku jujur.

“Ini kerana Pakatan Harapan (PH) telus dan tidak mahu membohongi rakyat Melaka,” tegasnya.

Norhizam Hassan menegaskan, terdapat beberapa jabatan di bawah pemantauannya yang sebelum ini pernah ditegur dan dipanggil Jabatan Audit Negara, namun masih mengamalkan kesalahan serupa.

“Bukan saja terkejut, tetapi tergamam kerana laporan kewangan yang bercelaru, akaun yang meragukan.

“Selain pernah dipanggil untuk beri penjelasan kepada Jabatan Audit Negara, tetapi tetap dengan prinsip lama (tidak ikut arahan), itu yang tidak betul dan kena dibetulkan.

“Buat permulaan, saya akan pergi ke jabatan-jabatan di bawah portfolio saya dan pantau semuanya.

“Saya juga mahu tahu siapa di sebalik tender-tender yang diberikan mungkin kepada orang-orang tertentu,” tegas beliau lagi.

Admin MelakaKini

Leave a Comment
Share
Published by
Admin MelakaKini

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago