Categories: MELAKA

EXCO & Penganjur bincang semula dengan KPDNHEP Melaka

KLEBANG 29 Mei – Satu perjumpaan akan dilakukan penganjur Bazar Ramadan Mega Klebang, hari ini bersama Exco Perpaduan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna, G. Saminathan bagi membincangkan isu rampasan barangan tiruan berlaku di bazar tersebut.

Perbincangan itu juga turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang, Gue Teck bagi mendepani masalah terbabit bersama pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka.

Menurut penganjur bazar berkenaan, Mohd Nasir Muhammad berkata, perkara itu perlu dilaksanakan disebabkan peniaga terlibat tidak berpuas hati diatas tindakan pihak berkenaan sewaktu kejadian itu berlaku.

Jelasnya, ada peniaga mendakwa barangan peribadi termasuk duit mereka turut hilang pada hari sama selepas rampasan itu dijalankan.

Malah, dakwa salah seorang antara tiga peniaga terlibat, pihak terbabit tidak mencatatkan kadar rampasan dengan jumlah yang tepat pada laporan yang direkodkan itu.

“Peniaga tak puas hati sebab mereka mendakwa rampasan seluar berjenama Levi’s direkodkan pada laporan KPDNHEP sebenarnya salah.

Perkara ini disebabkan sebuah gerai yang keseluruhannya menjual seluar ‘jeans’ ini mendakwa pihaknya kehilangan kira-kira 100 pasang seluar kerana rampasan yang direkodkan pihak itu melebihi 300 pasang sedangkan sebenarnya seluar yang dimiliki peniaga melebihi 400 pasang.

“Perkara ini membuatkan mereka tak puas hati dan mahu bertindak dengan melaporkan kepada pihak polis, tapi kita tahan dulu, kita cuba, kalau boleh bincang, kita bincang,” katanya ketika ditemui MelakaKini di bazar berkenaan di sini, malam tadi.

Dalam pada itu, Nasir berkata, sewaktu operasi terbabit penguatkuasa yang terlibat menggunakan lori yang tidak berlogo malah ianya dilihat seperti lori persendirian yang disewa bagi memuatkan barangan yang disita.

“Mereka guna lori 3 tan yang dilihat seperti disewa disebabkan tiada logo kementerian itu ditampal pada lori tersebut malah kebiasannya sekiranya rampasan berlaku mereka guna lori sendiri.

“Perkara ini dilihat seperti tidak menepati garis panduan malah mereka perlu mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

“Sepatutnya perlu ada budi bicara malah mereka tak perlu masuk ke premis sesuka hati dengan menyelak kanvas penutup khemah sedangkan peniaga tiada di kawasan itu,” katanya.

Faiz Hasan

Leave a Comment
Share
Published by
Faiz Hasan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago