Categories: MELAKAPELANCONGAN

Exco mohon maaf isu tiket Melaka River Cruise

AYER KEROH 25 April – Peningkatan harga tiket Melaka River Cruise yang meningkat sejak Disember tahun lalu berikutan kerja-kerja pembaikan dilakukan bagi perkhidmatan pelancongan itu.

Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, pihaknya tampil membuat kenyataan tersebut bagi menjelaskan isu negatif yang tular di laman sosial Facebook baru-baru ini berhubung perkara itu.

Menurutnya, isu tersebut menjadi lebih hangat apabila ada pegawainya membuat kenyataan balas dengan cara tidak profesional.

“Bagi pihak pegawai tersebut dan Melaka River Cruise sendiri, saya mohon maaf.

“Hal tersebut diharapkan tidak berpanjangan kerana ia boleh diselesaikan dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Pemain-Pemain Pelancongan Bersama Kerajaan Negeri Melaka di Pejabat TYT di sini, hari ini.

Jelas Muhammad Jailani, kenaikkan harga berkenenaan menyumbang kepada penaiktarafan perkhidmatan bot pelancongan itu selain mengindahkan kawasan sekitar.

“Kita juga akan menganjurkan ‘water show’ dijangka berlangsung selepas Ramadan nanti.

“Jangan lepaskan peluang untuk hadir pada program tersebut, pelbagai aktiviti menarik disusun dan saya yakin ia sangat berbaloi,” katanya.

Berkuat kuasa 1 Disember lalu, harga tiket bot MRC bagi pelancong tempatan (12 tahun ke atas) adalah RM25, kanak-kanak tempatan (2-12 tahun) RM15, pelajar institut pengajian tinggi (RM20) dan pelancong asing (RM30).

Harga sebelum kenaikan adalah RM13 pada hari biasa dan RM18 pada hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah untuk dewasa, manakala kanak-kanak bawah 12 tahun dikenakan RM6.50.

Admin MelakaKini

Leave a Comment
Share
Published by
Admin MelakaKini

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

5 days ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

3 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

3 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

3 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

3 months ago