Categories: MELAKAPELANCONGAN

Encore & ASWARA sepakati MoU, lonjak seni persembahan teater bertaraf antarabangsa

MOHAMMADIN hadir menjadi saksi perjanjian persefahaman di antara kedua-dua entiti penggerak teater di Malaysia yang akan melonjakkan industri pelancongan negara.

BANDARAYA MELAKA 23 Okt. – Encore Melaka dan Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA) mengumumkan perjanjian kerjasama baharu bagi memupuk hubungan jangka panjang.

Selain meningkatkan lagi perkembangan industri seni di Malaysia menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani di antara Pengurus Besar Encore Melaka Long Tyan Poh dan Rektor ASWARA, Prof. Datuk Ir. Dr. Mohd Rizon Juhari, semalam.

Tyan Poh berkata, kerjasama itu antara lain bagi mempromosikan keunikan produk seni Encore yang menjadi kebanggaan Negeri Melaka.

Menurutnya, menerusi usaha ini, kedua-dua pihak boleh mendapatkan lebih banyak pemahaman terhadap kebolehupayaan dalam segmen seni persembahan tempatan.

Katanya, Encore Melaka yang dibangunkan itu merupakan panggung teater yang menyediakan platform penonton berputar pertama di Asia Tenggara.

Selain pelbagai peringkat hidraulik dengan pengguna teknologi tinggi dan suntikan elemen 3D.

“Menerusi Encore Melaka, kita bukan saja dapat mempamerkan bakat pelakon, bahkan dapat mempopularkan budaya dan sejarah yang berkait rapat dengan Negeri Melaka pada era kegemilangan dahulu kepada para pelancong dari seluruh dunia.

“Saya teruja dengan pengiktirafan seni ini kerana ia sebagai satu titik permulaan untuk mengembalikan kegemilangan seni dan budaya kita, bukan saja kepada masyarakat tempatan, khususnya generasi muda, tetapi juga boleh diketengahkan sebagai satu produk tarikan pelancongan.

“Kerjasama dengan pihak Encore ini juga akan membolehkan para graduan ASWARA berkongsi kepakaran dan menonjolkkan bakat masing-masing serta berupaya tampil dalam produksi yang dipertanggungjawabkan oleh pengarah terkenal antarabangsa,” katanya selepas dihubungi sebaik selesai MoU tersebut.

Hadir sama menyaksikan perjanjian persefahaman itu, Menteri Pelancongan, Kesenian & Kebudayaan, Datuk Mohamaddin Ketapi.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Yong Tai Berhad, Datuk Wira Boo Kuang Loon; Pengerus ASWARA, Datuk Rashidi Hasbullah dan Timbalan Presiden Pemasaran Yong Tai Berhad, Katherine Chu.

Sementara itu, Mohd Rizon berkata, kerjasama tersebut akan menjadi platform untuk bertukar-tukar pengetahuan dan perkongsian terbaik yang akan memberikan manfaat tidak ternilai kepada pelajar ASWARA.

“Kolaborasi seperti ini juga akan dapat membantu mempercepatkan pencapaian status ASWARA menjadi sebuah institusi pengajian seni unggul di Malaysia, rantau ini dan peringkat antarabangsa.

“Di samping itu, para pelajar juga akan diberi peluang untuk terlibat dalam beberapa persembahan akan datang sama ada berbentuk penganjuran bersama atau kerjasama penyelidikan,” katanya lagi.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

8 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

10 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

10 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

10 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

10 months ago